CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 5

[Tempatan] Lagi kes Saman 1juta-pelajar viral isu jenaka rogol oleh cikgu disaman

   Close [Copy link]
Post time 4-8-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelajar perempuan Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan gurauan tidak wajar mengenai rogol oleh seorang guru hari ini memaklumkan dirinya menerima surat tuntutan RM1 juta kerana didakwa telah memfitnah.

Ain memaklumkan perkara itu menerusi Twitter tanpa menjelaskan dengan lanjut surat tuntutan itu berhubung isu apa atau siapa yang memfailkannya.

“Hai harini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’.

“Dalam surat ini Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. Semua doakan urusan ain dipermudahkan,” katanya.

Dia turut mengakui emosinya tidak stabil ketika ini.

“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak ‘post’ aktif dalam sosmed, tengah dalam kelas ‘online’ dapat surat macam ni,” katanya.

Pelajar Tingkatan 5 itu menjadi tumpuan di media sosial Mei lalu selepas memuat naik video di TikTok memetik guru sekolahnya di Selangor berkata: “Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Beliau turut mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki sekolahnya.

Sementara itu bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab memaklumkan pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung dan telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen.

“Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Vid viral seperti dibawah :



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lpsni makin ramai la org tak berani bersuara di atas salah laku sexual harassment yg berlaku di sekolah/tmpt kerja.

Moga pihak ain lwn, kalau buka tabung utk bayar guaman iols sanggup chip in duit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tempoh tujuh hari tu macam mana sebenarnya?

kena selesaikan semua tuntutan termasuk bayar 1j?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aikkkk?
dah ko mulut tongkeng hayam dok gurau lucah, ko pulak saman hadek ni sebab bersuara???
apakah???
ehhhhh masuk ke alam kuburan laa kooo chegu!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg saman dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057575 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list