CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 04/08/2021 949 Kes baharu

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-8-2021 09:50 AM

949 kes keseluruhan, semua daerah catat kes baharu

KOTA KINABALU: Semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu hari ini menjumlahkan penambahan keseluruhan 949 kes COVID-19 di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ibu negeri mencatatkan penambahan kes paling tinggi iaitu daripada 183 kelmarin kepada 260 kes hari ini.

Katanya 68 peratus bersamaan 178 kes adalah daripada saringan kontak rapat.

“Beberapa daerah lain termasuk Tawau turut menunjukkan peningkatan kepada 138 dengan penambahan 48 kes berbanding hari sebelumnya manakala Tuaran mencatat 102 kes iaitu penambahan 23 kes.

“Beaufort yang hanya mencatatkan 19 kes pada hari sebelumnya meningkat kepada 62, begitu juga di Ranau yang tidak ada kes baharu pada 3 Ogos melonjak naik sebanyak 27 kes hari ini,” katanya.


Menurutnya saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes keseluruhan iaitu sebanyak 570 kes dan 201 kes adalah dari kategori bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik manakala 74 kes lagi adalah kluster sedia ada.

“Sebahagian besar iaitu 870 kes adalah daripada kategori satu dan dua dan hanya sembilan pesakit positif dikategorikan pada tahap empat dan lima yang memerlukan rawatan intensif.

“Memandangkan saringan bergejala adalah tinggi, masyarakat Sabah yang mengalami selesema dan batuk disarankan agar segera membuat ujian calitan bagi menentukan kedudukan kesihatan masing-masing,” katanya.

Tambahnya tindakan ini dapat mengelakkan  daripada menjangkiti orang lain sekiranya disahkan positif COVID-19.

Sementara itu katanya terdapat satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tempasuk Kota Belud iaitu kluster komuniti yang direkodkan oleh  juruwang disebuah bank yang kemudiannya menjangkiti kaum keluarga, penduduk kampung serta kontak rapat lain.

Katanya 10 daerah yang mencatatkan kurang dari 10 kes adalah Semporna dan Tenom tujuh kes, Sipitang dan Pitas lima kes, Beluran ,Kota Marudu ,Kuala Penyu masing-masing empat kes, Tongod dan Kalabakan tiga kes dan Tambunan hanya satu kes.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list