CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 0

[Sabah] Sabah Catat 12 Kematian Melibatkan Bayi Bawah Umur Setahun Akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 4-8-2021 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Sabah Catat 12 Kematian Melibatkan Bayi Bawah Umur Setahun Akibat COVID-19




KOTA KINABALU, SABAH – Dua belas (12) kematian yang turut melibatkan bayi bawah umur setahun dilaporkan pada Selasa di mana Sabah masih mencatatkan angka empat digit iaitu 1,010 KES.


Empat (4) kes kematian datang dari daerah Kota Kinabalu manakala Sandakan dan Tawau masing-masing tiga (3) kes dan satu (1) kes masing-masing di Tuaran dan di Putatan.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 156 kes berbanding Isnin.


“TETAPI JUMLAH KES HARIAN KEKAL TINGGI DENGAN KOTA KINABALU MENDAHULUI DENGAN 183 KES DIIKUTI SANDAKAN (102 KES) DAN KINABATANGAN (92 KES)…

“Walaupun penyumbang utama kes-kes baharu datang daripada Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak 527 kes atau 52.18 peratus, kategori Saringan Bergejala semakin bertambah pada hari ini iaitu 224 kes atau 22.18 peratus,” katanya.


Kategori Saringan Bergejala adalah jangkitan sporadik di mana punca jangkitan tidak diketahui.

“SEPERTI YANG DINYATAKAN SEBELUM INI, PERATUSAN KES SPORADIK YANG SEMAKIN BERTAMBAH ADALAH SATU PETANDA BAHAWA VIRUS SUDAH BERADA DALAM KOMUNITI DAN MUDAH MEREBAK…


“Amatlah disarankan agar kita mematuhi semua SOP di mana juga kita berada agar kita tidak terdedah kepada jangkitan, apatah lagi kepada mereka yang belum memperolehi vaksin,” beliau berkata.


Sebanyak 130 individu daripada jumlah kumulatif kes positif sudah melengkapi dua dos vaksinasi mereka.


Dua (2) daerah mencatatkan sifar (0) kes pada hari ini iaitu Tambunan dan Ranau.


Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 03 Ogos 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Satu kluster baharu juga dikesan di Sangkabok, Kuala Penyu yang merupakan kluster jenis komuniti.


“Kluster ini mula menular di Kampung Sangkabok dan Kampung Tanjung Aru dalam Daerah Kuala Penyu…

“Ia dikesan apabila kes indeks, seorang suri rumah, 62, disahkan positif hasil saringan bergejala di sebuah klinik swasta pada 16 Julai 2021.

“Berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan.


“Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat (4) kes baharu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kampung Banjar di Keningau, Kem 3 Sibulu di Tenom, Penampang Baru di Penampang, dan Depot Tahanan Imigresen di Tawau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


“Arahan ini akan mula berkuat kuasa dari 5 Ogos sehingga 18 Ogos 2021,” Masidi berkata.


Selain itu, Sebanyak 34 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah dan sejumlah 41564 individu telah divaksin dengan pecahan 34,669 individu bagi Dos Pertama dan 6,895 individu bagi Dos Kedua.


https://sabahnews.com.my/sabah-catat-12-kematian-melibatkan-bayi-bawah-umur-setahun-akibat-covid-19/




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.114093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list