CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 1

[Sabah] Satu jam duduk atas pokok, lelaki ditahan selepas ceroboh pejabat KPLB

[Copy link]
Post time 3-8-2021 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Satu jam duduk atas pokok, lelaki ditahan selepas ceroboh pejabat KPLB




Mengelak daripada ditahan, seorang lelaki sanggup duduk di atas pokok selepas ceroboh pejabat KPLB.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki duduk di atas pokok lebih sejam untuk mengelak daripada ditahan polis selepas dia menceroboh pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Sembulan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengawal keselamatan menyedari suspek yang berusia 32 tahun itu menceroboh pejabat KPLB kira-kira 9 malam Isnin dan segera mengejarnya.

Katanya, suspek bertindak melarikan diri dan memanjat pokok kayu ara di kawasan berhampiran untuk menyembunyikan diri.

“Pasukan polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek masih berada di atas pokok berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah operasi itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata, suspek yang juga penganggur berdegil dan enggan mematuhi arahan.

Selepas lebih sejam dipujuk anggota polis dan bomba, dia akhirnya akur dan menyerah diri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.” - FMT




sabahkini2.net

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah buat hal takut gi panjat pokok.
choyy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067982 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list