CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 1

[Sabah] Pelumba, Penonton lumba haram ditahan

[Copy link]
Post time 3-8-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Pelumba, Penonton lumba haram ditahan



LUMBA HARAM: Kelihatan beberapa individu yang bersubahat dan sedang menyaksikan aktiviti lumba haram di lokasi kejadian.

TAWAU: Seramai Sembilan individu ditahan dan dikompaun menerusi Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Apas - Balung, di sini kelmarin.

Kesemua individu berkenaan disyaki terlibat dan bersubahat dengan aktiviti lumba haram, manakala seorang lagi turut didapati bersalah kerana menguji kelajuan kenderaannya secara tidak sah.  

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, pasukannya telah mengesan sebuah motokar yang dipandu laju kira-kira jam 4.57 pagi.

“Kenderaan tersebut dari arah bandar dan membuat pusingan U di lampu isyarat Balung sebelum memecut laju dengan cara berbahaya disyaki sedang menguji kelajuan kenderaannya,” katanya.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya mengesan dua buah motosikal dan beberapa kenderaan keluar dari simpang Rancangan Batu 22 menuju ke Balung pada jam 7.33 pagi.

“Kesemua kenderaan terbabit berkumpul di Batu 23 Jalan Apas, manakala dua motosikal terus membuat pusingan U berdekatan Klinik Balung menghala ke bandar Tawau.

“Kedua-dua penunggang motosikal terbabit dilihat serentak memecut laju dan bersaing sesama sendiri sambil melakukan aksi berbahaya disyaki sedang menjalankan aktiviti lumba haram,” katanya.

Katanya, pasukan polis berjaya mengesan kesemua individu terbabit termasuk suspek yang menguji kelajuan kenderaannya itu berkumpul di hadapan sebuah bengkel motor di Taman Sawit Balung.

“Pasukan polis menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua individu terbabit dan menjumpai wang tunai berjumlah RM10,437.50 disyaki wang pertaruhan aktiviti lumba haram.

“Kesemua suspek dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut, manakala kenderaan mereka termasuk dua motosikal, tiga motokar dan dua pacuan empat roda disita,” katanya.

Peter berkata, tujuh diantara mereka disiasat mengikut Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan telah dibebaskan selepas kompaun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan.

“Manakala penunggang motor terbabit disiasat mengikut Seksyen mengikut 42 (1) APJ 1987 dan pemandu yang menguji kelajuan kenderaanya mengikut Seksyen 81 (1) APJ 1987.

“Kedua-dua mereka juga dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP dan masih ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/03



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 10:12 PM | Show all posts
asal lah dorang ni.. dahlah kes makin naik kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.618991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list