CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 0

Kolaborasi siri manga jepun

  [Copy link]
Post time 3-8-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Kolaborasi siri manga jepun


LAKARAN watak utama siri manga itu di hadapan baju.

PERUNCIT pakaian Global, UNIQLO menampilkan koleksi kemeja-T (UT) menarik hasil kolaborasi pertamanya bersama siri manga terkenal Jepun, Jujutsu Kaisen.

Siri manga itu sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dan memiliki kelompok peminat tersendiri dengan jumlah edaran melebihi 45 juta naskhah.

Koleksi terbaharu itu menampilkan rekaan eksklusif daripada ilustrasi dalam manga berkenaan yang menonjolkan kekuatan ajaib golongan ahli sihir yang menjadikan siri terbabit diminati ramai.

Koleksi kemeja-T itu turut menyerlah keperibadian dan daya tarikan watak di dalam Jujutsu Kaisen.

Selain itu, koleksi berkenaan juga menampilkan pemandangan dan aksi yang tidak dapat dilupakan dari watak-watak popular dalam siri manga terbabit.

Perincian reka bentuk kemeja-T itu dilihat dapat menggembirakan peminatnya kerana ia turut menampilkan corak Sukuna di bahagian belakang manakala bahagian depannya menampilkan Yuji Itadori iaitu watak utama siri manga terbabit.

Turut digambarkan dalam koleksi kemeja-T berkenaan adalah teknik Hollow Purple dari ahli sihir dan guru Satoru Gojo dan rekaan yang menunjukkan Shikigami mengutuk sihir oleh Megumi Fushiguro.

Seleksi kedua koleksi itu akan menyusul tidak lama lagi dan seperti koleksi pertamanya, ia juga pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat setia siri manga berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.156496 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list