CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 03/08/2021 1,010 Kes baharu

[Copy link]
Post time 3-8-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-8-2021 02:02 PM

Sabah rekod 1,010 kes baharu COVID-19



Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,010 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 87,899 kes. 12 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat (4) kes di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau masing-masing tiga (3) kes manakala satu (1) kes di Tuaran dan Putatan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 699 menjadikan jumlah kumulatif 78,792 orang. Seramai 4,474 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 947 orang di hospital, 3,471 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 48 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan (orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 115 orang dan 43 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (1,010)kes iaitu penurunan sebanyak (156) kes berbanding (1,166) kes yang dicatatkan semalam (02 Ogos 2021).

Jumlah harian kekal tinggi iaitu 1,010 kes.

Kota Kinabalu masih mencatatkan kes baharu yang tertinggi iaitu (183) kes, diikuti oleh Sandakan (102) kes, Kinabatangan (92) kes dengan (67) kes adalah daripada Kluster Pauh, Tawau (90) kes, Tuaran (79) kes, Penampang (68) kes, Keningau (53) kes, Sipitang (53) kes, Papar (45) kes, Putatan (31) kes, Tongod (27) kes, Kunak (24) kes, Kota Marudu (24) kes, Kuala Penyu (20) kes dan Beaufort (19) kes.Tambunan dan Ranau tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Kuala Penyu iaitu Kluster Sangkabok (Kluster Komuniti) dengan catatan empat (4) kes pada hari ini.

(146) kes hari ini datang daripada kluster-kluster antaranya Kluster Pauh, Kinabatangan yang merekodkan (67) kes, Kluster Jalan Corak di Tongod (21) kes dan Kluster Tinabau juga di Kinabatangan dengan (13) kes.

Walaupun penyumbang utama kes-kes baharu datang daripada Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak (527) kes atau 52.18%, tetapi peratusan daripada kategori Saringan Bergejala semakin bertambah pada hari ini iaitu (224) kes atau 22.18%. Kategori Saringan Bergejala adalah jangkitan sporadik, tidak diketahui punca jangkitan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peratusan kes sporadik yang semakin bertambah adalah satu petanda bahawa virus sudah berada dalam komuniti dan mudah merebak.

Amatlah disarankan agar kita mematuhi semua SOP dimana juga kita berada agar kita tidak terdedah kepada jangkitan, apatah lagi mereka yang belum memperolehi vaksin.

Sejumlah 85.45% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (336) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (527) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (527) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Sangkabok - Kuala Penyu merupakan kluster jenis komuniti dan menular di Kg Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam Daerah Kuala Penyu. Kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021. Berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat (4) kes baharu.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049738 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list