View: 4686|Reply: 24
|
Tak Ada Produksi Yang Nak Ambil Berlakon, Balkisyh Semundur Khan Buat Pasal Ke?
[Copy link]
|
|
Nama pelakon Balkisyh Semundur Khan mungkin tidak popular seperti nama barisan dramatis lain yang sering menghiasi televisyen.
Keberadaannya dalam industri selama hampir 20 tahun yang ibaratnya tiada tempat di mata karyawan industri pernah memaksa Balkisyh terfikir untuk berundur dan menghilang diri daripada radar seni lakon.
Lewat tahun 2017 lalu, Balkisyh pernah berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa membuka gerai menjual nasi ayam apabila tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selama tiga tahun.
Foto: IG
Ketika itu dia tiada tawaran lakonan selain daripada membintangi drama Mok Cun arahan pengarah, Erma Fatima.
Selepas sekian lama menyepi, pelakon berusia 34 tahun itu kini kembali dengan buah tangan baharu, iaitu drama berjudul Lockdown juga karya Erma.
Dia gembira kembali beraksi selepas melewati episod duka selama ini.
Lebih membuatkan dia terharu, Lockdown merupakan drama pertama yang ditawarkan kepadanya selepas sekian lama ketandusan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
“Saya sangat gembira. Ini merupakan drama pertama saya selepas sekian lama tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon.
“Saya gembira dapat jumpa semula rakan-rakan lama yang memang saya rindui. Ketika menjalani penggambaran, saya dapat rasai semula kegembiraan yang pernah saya rasai sebelum ini dalam industri,” jelasnya.
Pada masa sama, Balkisyh tidak dapat menyembunyikan rasa hiba apabila masih diberi peluang untuk menghiburkan orang ramai.
“Mungkin orang lain berfikir perjuangan saya dalam industri sangat kecil. Tetapi bagi saya, bila saya dapat kembali peluang beraksi di hadapan kamera, saya sangat bersyukur.
“Sebab bukan senang untuk saya dapat peluang ini. Saya sendiri berasa teruja dapat kembali berlakon,” katanya.
Ketika diminta untuk menceritakan lebih lanjut apa yang dialaminya sebelum ini, Balkisyh seakan-akan sukar untuk menceritakan keseluruhan apa yang berlaku.
Namun yang pasti, kepayahan yang dialaminya kedengaran sulit sehinggakan gagal menahan air mata semasa temu bual virtual baru-baru ini.
“Sepanjang PKP, saya memang ada pengalaman hidup ngeri yang harus diselesaikan. Saya pun ada kesilapan yang saya buat ketika berada dalam industri sehingga membuatkan orang tidak mahu ambil saya berlakon.
“Ada sebab tertentu (enggan menceritakan). Saya pun tidak faham. Mungkin ada salah faham antara saya dengan pihak produksi. Mungkin pada saya kesalahan yang saya lakukan itu kecil, namun besar bagi orang lain. Saya akuinya,” jelas Balkisyh.
Disebabkan itu, Balkisyh reda jika tidak lagi berada dalam industri dan akan meneruskan kehidupannya dengan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Saya berusaha mencari peluang perniagaan. Jual barang, jual air balang di kaki lima di Singapura demi menyara anak.
“Saya gembira dengan kehidupan saya ketika itu sehinggalah PKP dilaksanakan kerana Covid-19.
“Aliran tunai saya sekali lagi terganggu. Tetapi Allah SWT menukar rezeki saya apabila dapat tawaran untuk berlakon semula menerusi drama Lockdown,” katanya.
Balkisyh ketika ditemui pada sidang media secara dalam talian, Lockdown baru-baru ini berpendapat, kepayahan yang dilaluinya satu tempoh bertenang untuknya.
“Pandemik Covid-19 ini mendidik saya untuk tidak terlalu fikir ikut perasaan. Jangan fikir tentang diri sendiri sahaja.
“Tempoh PKP ini juga sebenarnya banyak membawa saya kembali semula ke pangkal jalan,” ujarnya sambil mengesat air mata.
Akui Balkisyh, keperitan realiti hidupnya dicurahkan dalam karakter Sue yang dibawa dalam drama Lockdown.
“Saya lakonkan watak Sue dengan sepenuh hati. Semua kesedihan yang pernah saya lalui, dicurahkan untuk watak berkenaan,” katanya. -CARI
Sumber:Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Remarried ya. Taktau pula sheol dah kawin |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 3-8-2021 01:02 PM
Remarried ya. Taktau pula sheol dah kawin
Haah dh remarried. Igt kes gaduh dia ngn ex laki sampai tendang2 dulu.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok dia yg skrg..baru la sesuai dgn umur.. cuma lepas ni harap2 kurangkan la bawak watak sengal2 ubi macam atun tu..cuba watak yg serius sikit..aagituu |
|
|
|
|
|
|
|
pernah nampak sheoolls p dobi dkt wangsa melawati, slumber pakai baju kelawar je, tp die ni lawa jugak xmakeup. kulit muka elokkkkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik bukan ada ke berlakon? Aritu kan ada berlakon dalam Sabarlah Duhai Hati? Jadi makcik Amyra Rosli. Watak tambahan je lah |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 3-8-2021 01:12 PM
Haah dh remarried. Igt kes gaduh dia ngn ex laki sampai tendang2 dulu.. hehe
Kesian sangat masa tu, tak serupa perempuan. Harap sheol bahagia..nampak sejoly sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kata lepas hujan timbunya pelangi...
Harapnya begitu la buat dia dan pada semuaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muncul daripada program realiti Audition NTV7 kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia mmg best berlakon
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada kaitan dgn pelakon lama ke... nama Tantiana ke apa ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumpa ke ayah kandung yang beliau duk cari selama ini? |
|
|
|
|
|
|
|
suka la jugak tengok dia ni berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Muka cantik, berlakon pandai tapi asyik dapat watak sengal. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 3-8-2021 06:12 PM
Dia ni ada kaitan dgn pelakon lama ke... nama Tantiana ke apa ntah
Rasanya x de kot..balkis ni org sabah kalau x silap,mgkin ada keturunan Paki/benggali muslim kot..berpandukn nama ayahnye tu.tp dia mmg lawa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|