CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2420|Reply: 22

[Tempatan] Lambakan durian. Ramai peniaga jual durian goreng pulak

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Durian goreng 'meletup', 100 kg dijual sehari
Balqis Jazimah Zahari



Ipoh: Keputusan untuk menjual durian goreng yang pada awalnya bagi mengelak lambakan raja buah itu akhirnya mendatangkan pulangan lumayan kepada peniaga durian, Suhaimi Azimi, 39.

Menu kudapan petang unik itu mula menjadi perhatian umum dan bualan ramai yang tidak mahu ketinggalan merasai sendiri keenakan durian goreng berkenaan.

Gerai yang beroperasi dengan nama Kedai buah-buahan Cik Bunga di Jalan Besar Bercham bersebelahan Taman Sri Kurau, di sini, mula tular kerana keistimewaan isi durian yang terus digoreng bersama bijinya.

Suhaimi berkata, idea itu tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan hampir 80 peratus buah duriannya tidak terjual.

"Dalam tempoh PKP ini lambakan buah durian terlampau banyak, kalau dahulu sekurang-kurangnya 500 kilogram (kg) buah durian terjual setiap hari tetapi sekarang hendak jual 100 kg pun susah.

"Saya tidak dapat lagi menghantarnya ke bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, malah harga juga jatuh teruk sehingga RM3 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.

"Jadi, saya bersama rakan terfikir untuk mencuba sedikit kelainan dengan menggoreng isi durian terus bersama bijinya, syukur cubaan kami menjadi dan mendapat sambutan. Sekurang-kurangnya sebanyak 100 kilogram durian yang digoreng itu laku terjual dalam sehari," katanya.

Menurutnya, banyak usaha sudah dilakukan untuk mempelbagaikan menu yang berasaskan durian untuk memikat hati sesuai dengan selera atau tekak pelanggan.



"Sebelum ini saya ada cuba membuat pelbagai variasi seperti cucur durian, durian crepe, kek 'topping' isi durian, dorayaki dan sebagainya demi untuk mengatasi lambakan buah durian itu," katanya.

Katanya, dia mendapat bekalan durian dari Kuala Kangsar dan Batu Kurau serta menggunakan isi durian kampung bagi menghasilkan durian goreng untuk dijual kepada pelanggan.

"Saya menggunakan bancuhan tepung resipi yang diwarisi daripada ibu, sepertimana cempedak goreng saya mencelupkannya ke dalam bancuhan dan kemudian digoreng sehingga kuning keemasan.

"Bagi saiz besar saya menjualnya sebanyak RM1 seketul, manakala bagi saiz kecil pula RM1 untuk dua ketul," katanya.

Menurutnya lagi, gerainya beroperasi bermula jam 12 tengahari sehingga jam 7 malam pada hari Selasa hingga Ahad.

"Setiap hari pada sebelah pagi kami akan mula pergi mendapatkan bekalan daripada peraih, ini bagi memastikan pelanggan benar-benar dapat merasai nikmat isi durian goreng yang sedap dan segar," katanya.

Katanya, selain itu, bagi merancakkan hasil jualan menu itu turut dipromosikan di dalam pelbagai medium media sosial.

"Selain daripada menu istimewa durian goreng, dalam masa yang sama kami turut menjual cempedak goreng, durian crepe dan pelbagai buah-buahan tempatan di gerai itu agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 1, 2021 @ 5:12pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak pernah try durian goreng. Seulas durian tu pun dah tinggi kalori, goreng dgn minyak lagi, ntah berapa byk serap minyak. Kalau teringin nak rasa seulas dua boleh kot tapi buat masa sekarang, belum lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah try tgk gambar dan imagine dlm kepala pun dah boleh rasa betapa sedapnya
Sekali dgn bijik ke digoreng?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kebenda semua buah nak ditepungkan
Be real lah
Segala makanan tambah tepung tambah gula tambah perasa segera

Tapi kalau itu dapat mendatangkan rezeki dan membantu kehidupan serta ada penggemar yg membeli
Alhamdulillah teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak buat durian goreng cheese..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekdi durian mekdi durian
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2021 07:53 PM | Show all posts
dari satu sisi
byk peniaga2 durian ada dikalangan yg terkesan
so think positive mereka ni utk tak putus asa cari rezeki
sambil2 belajar jual durian
yg aku jumpa
byk car wash dah jadi tempat jual durian, udang viral RM1 ngan ketam RM3
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 08:12 PM | Show all posts
selalu kat perak...
buat cok durian....sama macam cok pisang....
goreng durian tak pernah dgr lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 08:28 PM | Show all posts
Perak bukan ke durian yg tak elok dibuatnya tempoyak
campur pulak dgn sambal tempoyak

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:31 PM | Show all posts
LostStar replied at 1-8-2021 07:36 PM
Nasib baik tak buat durian goreng cheese..

Lps ni mesti ada yg cuba jual..segala benda nak letak cheese
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Durian ni buah penyakit...mahal ke murah aku memang jarangkali beli. Sekali sekala beli pun utk dijadikan buah  tangan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Durian tu memang la sodap tapi bila digoreng aq terbayng berminyak jer. If kat tempat iols ada jual nak gak try
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:48 AM | Show all posts
Manjahati replied at 1-8-2021 09:31 PM
Lps ni mesti ada yg cuba jual..segala benda nak letak cheese

org malaysia kan.. semua nk buh cheese.. hish
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua makanan nak letak cheese, yucks
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya durian goreng. Pernah makan kat genting highlands. Dah tos elok2, takdelah berminyak2. Sejuk2 makan pulak org jual durian goreng panas. Nikmat.....tapi jgn haraplah semurah pisang/cempedak goreng ya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 10:14 AM | Show all posts
da tua2 ni mkn durian pun pening, apetah lagi durian goreng. mesti muak dgn minyak2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
korang ni pun ni kan usaha di untuk cari duit, karang dok meminta2 marah pula kata malas berusaha

baguslah rajin usaha, kena kreatif juga, dah kata boleh jual byk kg sehari laku lah tu, forumer je takut nak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 11:34 AM | Show all posts
ada lagi ke durian? ingat habis musim dah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cane tak berlambak...jual mahal. Penjual kl/sel kaya jual durian..sanggup busuk drpd jual murah kt orangramai. Yg jual online lg lah..beratus2 sekilo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 1-8-2021 06:16 PM
I tak pernah try durian goreng. Seulas durian tu pun dah tinggi kalori, goreng dgn minyak lagi, ntah ...

kalo aku nak try durian goreng ni, cuma makan satu ulas je
lps tu mmg terus minum green tea or air limau
sbb nk potong rs minyak and lemak2 tu terus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.450491 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list