Kekalahan pemain perseorangan badminton, Lee Zii Jia dalam Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini telah pun diterima oleh rakyat Malaysia, malahan berbangga dengan kejayaan anak muda berusia 23 tahun ini.
Namun, desas desus yang menjadi punca kekalahan tetap diperkatakan oleh netizen. Antaranya ialah Zii Jia yang dirawat dengan cara salah oleh pasukan perubatan.
Akibat luka melecet di tapak tangan, Zii Jia diberi semburan dan balutan. Yang dipertikaikan netizen ialah ubat semburan tersebut sebenarnya bukanlah untuk luka yang terbuka tapi ia untuk otot!
Foto :Twitter
Ianya berdasarkan rakaman video di kaca televisyen yang jelas memaparkan ianya penyembur untuk otot.
Malahan, cara pegawai perubatan yang merawat Zii Jia juga dipertikaikan, sepatutnya melutut supaya lebih jelas tempat yang mahu dirawat.
Foto : Astro
Menurut mereka lagi, Zii Jia tampak tidak selesa akibat balutan yang menekan pergelangan tangannya dan akhirnya menyebabkan Zii Jia mencabut balutan di tangannya.
"True, even pengulas semalam ade cakap 'uish tu spray tu pedih woooo'' pelik gak dia guna spray untuk luka melecet sebab selalu tengok orang spray ni bila sakit otot jaaa, selalu tengok kat padang bola laa."
Lalu timbul lah isu, doktor yang dihantar ke Olimpik ini tidak berpengalaman tentang sains sukan, namun berpeluang ke sana kerana sebab tertentu.
Foto : Twitter
Foto : IG
Apa pun, ianya telah berlaku dan diharapkan dijadikan pengajaran di masa hadapan. - CARI
|