CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 1

Aaron-Wooi Yik hargai sokongan rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:45 AM | Show all posts |Read mode
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghargai sokongan seluruh rakyat Malaysia sehingga menyaksikan mereka dapat meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan muda negara yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik itu menyifatkan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak di tanah air membakar semangat mereka untuk terus memberikan aksi terbaik biarpun pingat pertama kepada negara itu bukannya kilauan emas.

“Terima kasih kepada anda semua yang menyokong kami... rakyat Malaysia, keluarga, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan barisan kejurulatihan.

“Kalau bukan sokongan daripada anda semua, kita mungkin tidak akan berada seperti sekarang, raih pingat pada Sukan Olimpik,” katanya.

Pasangan Aaron-Wooi Yik meraih gangsa, pingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo, selepas lebih seminggu temasya sukan terbesar di dunia itu dibuka secara rasmi pada 23 Julai lepas.

Aaron-Wooi Yik bangkit bertenaga untuk mengetepikan cabaran beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit di Musashino Forest Sport Plaza, di sini, malam ini.

Aaron berkata, walaupun tumpas pada set pertama, mereka berjaya menyerap tekanan seterusnya bangkit meraih kemenangan pada dua set seterusnya.

Beliau berkata, kejayaan itu juga menjadi motivasi berharga kepada karier mereka dalam menghadapi kejohanan-kejohanan besar pada masa akan datang.

“Kejayaan itu satu permulaan yang memberi keyakinan kepada kita dalam menghadapi kejohanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berkata, biarpun tumpas di set pertama, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka percaya kepada diri sendiri bahawa mereka mampu meraih kemenangan pada perlawanan itu.

“Sebelum turun beraksi kita sudah merangka strategi kerana mereka beregu berpengalaman, namun kita tewas di set pertama. Pada set kedua, kita tidak berputus asa dan bermain bermati-matian kerana kita percaya kepada diri sendiri, akhirnya kita berjaya tewaskan mereka pada set ketiga,” katanya.

Wooi Yik berkata, walaupun bukan kilauan emas, mereka tetap bangga dapat menyumbangkan pingat pertama kepada negara pada temasya sukan berprestij itu. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gan-rakyat-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 06:47 AM | Show all posts

Aksi regu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang regu lelaki dari Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066810 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list