CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 0

[Sabah] Tiada perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 31-7-2021 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Tiada perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tiada perhimpunan bantahan



PANTAU: Zaidi turut memantau Padang Merdeka yang dipercayai akan dijadikan salah sebuah kawasan untuk perhimpunan bantahan terbabit.



SEDIA: Tiger Platoon berkawal di Padang Merdeka bagi bersedia dengan sebarang pergerakan untuk mengadakan perhimpunan bantahan.

‘Keluar dan #Lawan’ yang dilihat diadakan di sekitar ibu negeri dan beberapa kawasan tumpuan sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya meletakkan penugasan mencukupi bagi melakukan kawalan keselamatan sebagai persediaan menghadapi sebarang perhimpunan atau perkumpulan berkaitan.

“Untuk hari ini kita menggerakkan kira-kira 112 pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu termasuk 12 pegawai dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 13 anggota unit elit Tiger Platoon.

“Kesemua mereka ditugaskan di beberapa kawasan termasuk Padang Merdeka, serta dua pusat beli belah terkenal di sini yang dipercayai berpotensi untuk dijadikan sebagai lokasi untuk perhimpunan ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak mengesan sebarang perhimpuan, perjumpaan secara beramai-ramai mahupun pergerakan tidak sepatutnya daripada mana-mana pihak di sekitar kawasan yang dinyatakan.

“Saya minta agar pihak-pihak yang cuba untuk mengadakan perhimpunan ini agar menghentikan rancangan itu berikutan perbuatan melakukan perhimpunan atau perjumpaan secara beramai-ramai adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa.

“Mana-mana pihak yang didapati melakukan  atau terlibat dalam perhimpunan ini akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi termasuk tindakan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Zaidi berkata pihaknya melaksanakan penugasan pemantauan secara lebih tegas berikutan jumlah jes positif COVID-19 yang semakin meningkat di negeri ini terutama pusat bandar.

“Selain menjalankan operasi di 30 kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar daerah ini, polis juga meningkatkan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekitar sini setiap hari.

“Pemantauan itu termasuklah laporan bergambar dan penugasan turut diberikan kepada kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta polis trafik yang bukan sahaja menjalankan penugasan hakiki tetapi juga turut terlibat dalam membantu penugasan pematuhan SOP di kawasan perumahan serta perkampungan di sini.

“Kita juga meningkatkan operasi dengan tertumpu di kawasan kelab malam serta pusat hiburan yang banyak mencatatkan pelanggaran SOP dan pihak polis juga mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun kepada pihak yang melanggar SOP secara berleluasa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/07/31



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.845063 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list