CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1722|Reply: 1

[SEJARAH] Perisytiharan Tamat Darurat

[Copy link]
Post time 31-7-2021 03:30 AM | Show all posts |Read mode


31/7/1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan tamatnya darurat di Tanah Melayu.  Perintah darurat telah dikuatkuasakan sejak tahun 1948 dalam usaha kerajaan membendung kegiatan pengganas komunis. Sepanjang tempoh itu, kebebasan rakyat dicengkam oleh rasa bimbang, takut menjadi mangsa ugutan dan kekejaman pengganas komunis. Disamping itu, pergerakan rakyat juga menjadi terbatas kerana terpaksa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diatur oleh pihak berkuasa.  Perisytiharan tamat darurat itu dianggap sebagai “hari kemenangan” bagi seluruh rakyat di Tanah Melayu. Tamatnya darurat pada hari ini, memberi makna yang besar bagi seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk menempuh satu era baru dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.


Sumber : Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 03:52 AM | Show all posts
Thanks for info. Baru tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-2-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056993 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list