CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 14

[Tempatan] Polis Selangor sahkan joget di majlis Bersatu langgar SOP

[Copy link]
Post time 29-7-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Polis S'gor sahkan joget di majlis Bersatu langgar SOP - Laporan

Diterbitkan 29 Jul 2021, 8:59 am



Polis Selangor dilaporkan mengesahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 pada majlis yang diadakan April lalu, sebagaimana dalam video tular baru-baru ini.

Klip video rakaman itu memaparkan sekumpulan anggota sayap wanita Bersatu sedang menari .

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menyoal siasat penganjur majlis yang diadakan di sebuah hotel di Glenmarie, Shah Alam, dan kini dalam proses menyelesaikan siasatan mereka untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah panggil pihak penganjur namun ada satu perkara perlu diselesaikan sebelum diserahkan kepada DPP,” katanya pada sidang maya dalam talian semalam, lapor Malay Mail.


Jelas Arjunaidi (gambar, bawah), program atau majlis masih dibenarkan ketika kejadian itu berlaku pada April lalu, namun kerana terdapat pelanggaran SOP maka pihak berkuasa perlu melakukan siasatan.




Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan "Fuhhhhh!"

Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 ketika rata-rata rakyat Malaysia perlu berada di rumah kerana penutupan.

Ramai yang menyorot latar belakang program di atas pentas yang memaparkan gambar Ketua Wanita Bersatu Rina Harun dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu.

Netizen juga menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.

Pun begitu, pegawai kepada Rina menjelaskan kemudian menteri terbabit telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam video itu mula berjoget.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata siasatan dibuat susulan satu laporan polis diterima selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.

“Pengadu mendakwa kumpulan individu tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di antara satu sama lain sehingga perkara itu tular menerusi media sosial.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya pada 25 Julai.

Seksyen 269 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
So bila nak gari beramai ramai mcm bangla kantoi solat hari raya?

Sejak lobai pas jadi kerajaan..solat kena gari..berjoget dibiarkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasatan dah habis, kita tunggu kalau ada tindakan..bertabahlah sambil menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:30 AM | Show all posts
zidane_ziege replied at 29-7-2021 10:12 AM
So bila nak gari beramai ramai mcm bangla kantoi solat hari raya?

Sejak lobai pas jadi kerajaan.. ...

Joget xper. dituntut oleh islam dan melayu umno pas dan bersatu.

kalau solat baru xboleh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:31 AM | Show all posts
3chanceno replied at 29-7-2021 10:22 AM
Siasatan dah habis, kita tunggu kalau ada tindakan..bertabahlah sambil menunggu

Polis xsekolah. dah video terang terang macam tu pun susah nak siasat. nak tangkap pun senang. sebab para menteri dan kenamaan.

gambar bangla solat. laju jer gi tangkap. siap gari dan denda rm 5000 setiap sorang. bila aktiviti maksiat macam ni. punya susah nak siasat n tangkap. dakwa jer lah 50,000 setiap sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:32 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 29-7-2021 10:59 AM

inilah keindahan kjaan isle Umno-Pas-MCA..








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 10:46 AM | Show all posts
sian la kat Muidin kao baca doa berbuih mulut.ahli bawahan siap bjoget walaupun gundu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkkk ilang darah amanok depa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:06 AM | Show all posts
alhamdulillah polis dah sahkan

selama ni bangkem tak pasti pon dorang ni langgar sop ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ape lagi?angkut semua pegi balai...ni joget time bulan puasa aritu ke? joget x ingat dunia eh ko time2 covid gini dengan x pakai mask nye.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:48 PM | Show all posts
sah, lepas tu tetiba je pelaku tidak dapat dikenalpasti
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
xde nye masuk lokap ke apa
ni acah2 kekanyangan mmg xkan kena apa2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:17 PM | Show all posts
sendu je benang ni. pakat2 scroll laju2 kah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 03:25 PM | Show all posts
menyirap tengok akak gomok merah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.087924 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list