CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12835|Reply: 784

Orang ramai bengang ‘influencer’ malukan gelandangan - KOSMO

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by elirasputia at 30-1-2024 02:45 PM



https://www.kosmo.com.my/2021/07/28/orang-ramai-bengang-influencer-malukan-gelandangan/?utm_source=dable
Orang ramai bengang ‘influencer’ malukan gelandangan

  • Oleh KOSMO!
  • 28 Julai 2021, 2:31 pm


PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kesal susulan tular sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai seorang ‘influencer’ bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang pekerjanya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan dipercayai mengambil kesempatan itu untuk memberi para gelandangan di situ sedikit ‘motivasi’.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai juga marah dengan kenyataan lelaki tersebut yang mengatakan dirinya dihantar ke situ oleh tuhan untuk menyelamatkan gelandangan-gelandangan berkenaan.

“Boleh beri motivasi kepada orang lain, tapi lakukan dengan cara yang betul. Terkejut bagaimana dia boleh terlibat dengan perniagaan sedangkan dia tidak ada sikap empati. Perkara ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima. Harap pak cik itu kekal tabah,” kata @acapsopi.

“Tuhan tak hantar kamu ke situ untuk tolong mereka, sebaliknya tuhan hantar kamu untuk tunjuk kepada mereka biarlah hidup sederhana, asalkan tidak menjatuhkan martabat seseorang,” kata @Fzuhairah.

“Ya Allah tergamaknya tanya soalan macam tu. Saya anggap pak cik itu macam ayah saya sebab sebaya. Hancur hati tengok dia diperlakukan seperti itu. Ini bukan cara untuk memberi motivasi,” luah @yasay.

Selain daripada itu, beberapa pengguna Twitter juga dilihat meninggalkan komen mahu lelaki itu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat transit tersebut.

Sehingga kini, rakaman video itu telah diulang ciap lebih 9,000 kali dan hasil tinjauan Kosmo! di laman sosial Instagram milik lelaki berkenaan turut mendapati akaun itu telah ditetapkan dalam mod peribadi manakala tiada kenyataan balas dibuat di laman Twitternya. – K! ONLINE










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 10:58 AM | Show all posts
terus iols pi tgk..hamboi2... mendongak gilaaa..

hati2 ya, zaman sekarang cash2 ja balasan..

beringatlah sebelum kena..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun pi tgk gak.
Apa ntah nama mamat toncet tu dulu, carla samdol ke apa ntah kan.
Serious biadap, buat kat org tua mcm tu.
Kau dah tau ke kau tua nanti tak jadi sama mcm pakcik tu. Allah maha kaya. Anytime je boleh terbalik ke dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:25 AM | Show all posts
Edited by elirasputia at 30-1-2024 02:46 PM
da_lynn replied at 28-7-2021 11:10 AM
I pun pi tgk gak.
Apa ntah nama mamat toncet tu dulu, carla samdol ke apa ntah kan.
Serious biadap ...

.....................







iols tgk team dia yg repost pasal program ni tulis


second hope for the homeless??






Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde sapa2 nk report dia ke.  Tak pakai mask n buat perhimpunan gitu. Geram betul tgk muka dia!!  Mmg jenis bongkak dia ni. Ego tinggi . One day msti jatuh terduduk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg bongkak sgt ni????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
I tengok prediction laki buah. Dia kata lepasni mamat ni akan buat permintaan maaf, jumpa pakcik tu, boost kan business. Kita tengok dia buat macam mana lepas ni. Teruk dah wehh dia ni. Founder sama zaman dengan dia takde dah nak menjual air liur. Semua dah relaks maintain bisnes. Dia je masih pelik pelik
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:41 AM | Show all posts
elirasputia replied at 28-7-2021 11:22 AM
who talks like that dgn org tua..

sgt sgt biadap!

org takde hati perut sis..

kita dgn org yg kurang dari kita lagi kita tunduk, santun elok2..tak rugi pun

kalau pun nk bg semangat untuk bangkit, merendahkan org mmg bukan caranya. Kalau xde skill baik aja dia hulur duit then zip mulut..

iols tak folo rapat mamat ni, so dia nk jd politician ke nk debate dlm parlimen? haha.. dia boleh saing dgn tajudin, shahidan dan bung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ingat semua gelandangan tu pemalas agaknya.. dekat oversea ramai homeless dari golongan profesional tapi sebab depress & x mampu bayar bill hospital sampai jatuh bangkrap..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:12 PM | Show all posts
swayne replied at 28-7-2021 11:33 AM
I tengok prediction laki buah. Dia kata lepasni mamat ni akan buat permintaan maaf, jumpa pakcik tu, ...

Teknik markerting la ni eh?
Bodo betul cara nak markerting sekarang.
Semoga cepat melingkup lah.

Zaman pandemik sekarang, semua kena bersyukur.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
elirasputia replied at 28-7-2021 11:25 AM
.....................

aha betul la tu

Ntah2 nak gunakan those homeless ni utk kepentingan diaorg je tak.
Haisshh. Menyirap je tgk muka toncet tu.
Rasa nak lempang2. Dahlah iols punya mood dari malam tadi memang nak flying kick org je ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:54 PM | Show all posts
btw siapa dia ni?? eee menyampahnya. mcm kau terpaling kaya di dunia ini.. alahh.. Allah nak tarik kaya kau tu dlm semenit dua bole la.. eeeee geram aku
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:00 PM | Show all posts
haifawehbe replied at 28-7-2021 11:52 AM
dia ingat semua gelandangan tu pemalas agaknya.. dekat oversea ramai homeless dari golongan profesio ...

weii betul wei apa kau ckp.. ingt homeless sumenya asal usul pemalas ke apa.. yall la mamat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:02 PM | Show all posts
swayne replied at 28-7-2021 11:33 AM
I tengok prediction laki buah. Dia kata lepasni mamat ni akan buat permintaan maaf, jumpa pakcik tu, ...

seronok cik kuda n laki beliau membahan topi merah ni kali ni
tp mmg betul tu melampau sgt dah topi merah kali ni
kemian mcmkan dia konfiden ja dia tua2 nnt senang lenang rumah besar hidup selesa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 28-7-2021 11:52 AM
dia ingat semua gelandangan tu pemalas agaknya.. dekat oversea ramai homeless dari golongan profesio ...

I pernah je join event homeless ni, kt malaysia ni ada je yg kerja tp homeless, sbb nak jimat duit sewa. Apo dia igt semua homeless tu jobless ke.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah redcap tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat twitter pun orang dah start bengang dengan video tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:13 PM | Show all posts
sebenarnya ada event apa masa tu. dia tak pakai mask pulak. video lama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang sini lepas tengok igs lakinya buah merah. Sumpah biadap gila!
O ya lagi 1 dia tu memang dah level jutawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisness ape die ni?? Jual air liur je ke..
Ckp mendongak ke langit sombong x igt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.685586 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list