CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 762|Reply: 1

Hidilyn Diaz berlatih di garaj, tak lupa jasa keluarga angkat

[Copy link]
Post time 28-7-2021 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Hidilyn Diaz berlatih di garaj, tak lupa jasa keluarga angkat

JASIN- Kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz dalam sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam mencuri perhatian apabila muncul atlet pertama negara itu memenangi pingat emas pada temasya sukan berkenaan.

Bukan sahaja itu, kisahnya terkandas di Malaysia sejak tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan juga, menarik perhatian dunia.

Menceritakan hal itu, pemilik rumah berkenaan Ahmad Janius Abdullah yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berkata, dia mula mengenali Hidilyn sejak tahun 2011 dalam pertandingan angkat berat.

Bermula dari situ, mereka sering berhubung sehingga pada tahun lalu, atlet wanita berusia 30 tahun itu memaklumkan ingin mengubah angin berlatih di Malaysia sebagai persiapan untuk kelayakan Olimpik di Colombia pada Mac 2020 lalu.

Bagaimanapun, kejohanan itu dibatalkan menyebabkan Hidilyn bersama dua jurulatihnya terkandas di ibu negara ekoran PKP dan tetap meneruskan latihan di kondominium di Bukit Jalil sebelum menumpang pula di Pusat Latihan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Atas beberapa faktor yang menyebabkan latihan mereka sering terganggu, Ahmad Janius kemudian mengambil keputusan membawa mereka ke rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua sebelum memulakan latihan di garaj berkenaan.

“Kita kenal lama. Saya kenal dia pada 2011. Bila ada pertandingan baru berjumpa. Bila berjumpa, dia nak pergi kelayakan Olimpik di Columbia pada bulan Mac tahun lepas, jadi dia saja tukar angin nak berlatih di Kuala Lumpur sebelum terbang ke sana.
“Tapi, kejohanan tu tak jadi, dan dia pun tak jadi terbang dan terkandas dekat Kuala Lumpur. Lama-lama kita santuni dia sebagai tetamu dan atlet, dan kita tunjukkan bahawa di Malaysia ni, kita boleh jaga dia walau dia jauh dari keluarga,” ujar Ahmad Janius.

Katanya, rumah pusaka itu awalnya hanya dipenuhi belukar sebelum dia membuat beberapa pengubahsuaian bagi membantu latihan Hidilyn memandangkan atlet itu perlu ruang latihan yang selesa.

Ujarnya, wanita itu amat mementingkan kesempurnaan terutamanya tentang fasiliti latihan selain tidak ‘kedekut ilmu’ membantu melatih atlet-atlet pelapis yang turut membuat latihan di lokasi sama.

Disyorkan artikel ini:
• Atlet negara perlu pamer semangat luar biasa di Tokyo 2020• Olimpik: Azizulhasni ketuai kumpulan terakhir atlet ke Tokyo• Berskala kecil, perasmian Sukan Olimpik Tokyo tetap menakjubkan
Tambahnya, meskipun pada awalnya Hidilyn kekok untuk membiasakan diri dengan suasana kampung itu, namun lama-kelamaan dia bukan sahaja mengakui selesa, malah jatuh cinta dengan suasana Melaka termasuk masakan popular, asam pedas.

Ujar Ahmad Janius, atlet wanita itu sangat komited dan berdisiplin sepanjang menjalani latihan malah mempunyai peribadi sangat baik apabila tidak lupa menghubunginya sebelum memulakan kejohanan serta selepas dinobatkan sebagai juara.

Dalam pada itu, dia turut berharap kisah atlet Filipina ini yang memanfaatkan waktu latihan di Melaka sehingga memenangi temasya sukan dunia itu membuka mata banyak pihak termasuk kerajaan dalam bidang sukan itu.
“Saya harapkan kerajaan memberi tumpuan dalam pembangunan sukan angkat berat ni sebab ia sukan individu. Sebenarnya kita kena faham, angkat berat ni orang takut. Dari segi mindset, orang kata siapa main angkat berat dia akan jadi pendek, sebenarnya itu salah.

“Kena tukar mindset itu sama ada ilmu itu betul atau tak betul. Masyarakat kena terima sukan angkat berat ni boleh menghasilkan pingat (untuk negara). Sebenarnya boleh!” katanya.

Semalam, Hidilyn Diaz melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama Filipina memenangi pingat emas pada temasya sukan Olimpik.

Hidilyn yang kini berusia 30 tahun mengucup kilauan emas apabila memenangi kategori 55 kilogram (kg) wanita di venue Tokyo International Forum. - Sumber Awani
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... asa-keluarga-angkat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 07:07 AM | Show all posts

Kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz dalam sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam mencuri perhatian apabila menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.156449 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list