CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2050|Reply: 0

Nadir Al-Nuri jawab tanda tanya Ebit Lew mengenai sumbangan RM20 juta ke Gaza

[Copy link]
Post time 24-7-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Nadir Al-Nuri jawab tanda tanya Ebit Lew mengenai sumbangan RM20 juta ke Gaza
Wan Syamsul Amly
Julai 24, 2021 16:20 MYT


Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, sumbangan yang banyak biasanya hanya akan diperolehi apabila berlakunya perang di bumi Gaza. - Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai ke mana hilangnya duit RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri pada Sabtu.

Menyedari namanya dipetik oleh pendakwah dan dermawan Ebit Lew, Muhammad Nadir menegaskan, umumnya sumbangan sedemikian tidak diterima setiap tahun.

Sebaliknya, kata beliau, sumbangan yang banyak biasanya hanya akan diperoleh apabila tercetus perang di bumi Gaza.

"Kita tidak dapat RM20 juta setiap tahun dan disebut apabila berlaku perang setiap tahun, kita dapat sumbangan RM20 juta.

"Perang di Gaza tidak berlaku setiap tahun. Bila kita tidak tahu tentang Gaza kita akan kata setiap tahun ada perang dan setiap kali perang akan dapat RM20 juta. Tidak.

"Perang di Gaza (berlaku) sejak 2006 hanya berlaku sebanyak empat kali sahaja (iaitu) tahun 2006 dikepung, 2008 peperangan pertama, kemudian 2012, 2014 dan 2021," katanya dalam sidang Townhall Cinta Gaza Malaysia yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Terdahulu, penasihat bebas audit dalaman, Mohd Faizal Suleiman membentangkan laporan kewangan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Sebelum ini, Ebit Lew meminta Muhammad Nadir mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

"Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

"Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit? Ada bukti?" soal Ebit dalam sidang medianya yang juga diadakan secara maya beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Muhamma Nadir menjelaskan, wang sumbangan itu juga bukan hanya diurus oleh badan berkenaan, sebaliknya, ia dikumpulkan bersama-sama rakan di bawah gabungan NGO anak muda, MyAqsa Defenders dan beberapa pempengaruh di dalam negara.

Jelas beliau, hasil sumbangan yang diterima juga terdapat pecahan seperti yang dibentangkan sebelum ini iaitu 20 peratus untuk projek segera dan medium, 30 peratus untuk pembangunan infrastruktur dan 40 peratus untuk membangunkan projek-projek untuk pusingan kewangan.

Sementara itu, Muhammad Nadir turut menjelaskan, pembelian barangan termasuk bantuan yang dibeli dari Gaza untuk memastikannya langkah efektif dan sampai terus kepada warga Palestin.

Katanya, keutamaan harus diberi kepada penerima manfaat sebagai yang pertama dan berhadapan situasi perang.

"Jadi kalau kita beli bantuan di luar bumi Gaza dan mahu ia sampai cepat, kita beli makanan contohnya di luar Gaza, orang itu lapar kerana perang tetapi bantuan kita sampai dua, tiga atau empat bulan kerana dibeli dari luar.

"Ada rakan NGO bukan kerja dengan tidak berkesan, ada negara jiran hantar bertan beras dari negaranya, sampai ke bumi Gaza selepas enam bulan dalam keadaan beras sudah rosak. Jadi apa manfaatnya kepada penduduk yang hendak kita bantu?" soalnya.

Muhammad Nadir sebelum ini berkata, cubaan masuk ke Gaza oleh beberapa pihak ketika ini menjejaskan usaha NGO lain untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

Menurutnya, pendekatan yang diambil dalam kerja-kerja dakwah seharusnya mengikut kaedah tertentu seperti yang dianjurkan oleh agama.

Sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.250709 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list