CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 990|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 23/07/2021 516 Kes baharu

[Copy link]
Post time 23-7-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode
516 kes baharu COVID-19 di Sabah hari iniKOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini adalah 516 kes iaitu peningkatan sebanyak 19 kes berbanding 22 Julai 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara penyumbang kepada kes baharu hari ini ialah saringan kontak rapat 216 kes.
"Selain itu, penyumbang utama jumlah kes hari ini diikuti kluster sedia ada dengan 116 kes dan sarıngan bergejala 90  kes.

"Kluster Melamam  di Sipitang menambah 49 kes, kes tertinggi daripada kluster sedia ada sementara saringan bersasar dari kawasan PKPD mencatatkan hanya 13 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau melaporkan terdapat empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Bukit Mas Kinabatangan, Kluster Jalan Stesen TV Tawau, Kluster Jalan Utara Dua Sandakan dan Kluster Kampung Mananam Tongod yang kesemuanya merekodkan 45 kes.

Katanya, Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu 108 kes, diikuti Sipitang 67 kes dan Tawau 47 kes.

"Kalabakan merekodkan 41 kes, Tuaran 40 kes, Sandakan 35 kes, Penampang 33 kes, Beaufort 28 kes dan Putatan 25 kes.

"Sementara Papar 20 kes, Kinabatangan 14 kes, Ranau 13 kes, Lahad Datu sembilan kes, Tongod dan Kuala Penyu masing-masing lapan kes.

"Kunak dan Kota Marudu turut masing-masing merekodkan empat kes, Kota Belud dan Tenom masing-masing tiga kes dan Beluran dua kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, daerah seperti  Kudat, Keningau, Pitas dan Nabawan masing-masing hanya mencatatkan satu kes sahaja.

Katanya, daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Semporna, Telupid dan Tambunan.


utusan borneo 2021-07-23T16:08:10+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055304 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list