CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 0

[Sarawak] Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Sarawak menjelang 2030

[Copy link]
Post time 22-7-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-7-2021 01:04 PM

Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Sarawak menjelang 2030

Abang Johari meneliti buku PCDS 2030 yang baharu dilancarkan sambil disaksikan tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (depan, dua kiri), Datuk Amar Douglas Uggah Embas (empat kiri) dan Tan Sri Datuk Amar James Masing (lima kiri) serta menteri kabinet negeri dan persekutuan lain. - Gambar Penerangan


KUCHING: Sarawak bakal mewujudkan kira-kira 200,000 pekerjaan bergaji tinggi menerusi beberapa inisiatif pembukaan sektor ekonomi termasuk di bawah Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia sekali gus menjadikan jumlah pekerjaan yang ada di Sarawak adalah 1.5 juta menjelang tahun 2030.

Katanya di bawah PCDS 2030, enam sektor ekonomi utama yang akan menjana pertumbuhan ekonomi adalah Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial.

"Namun pada masa yang sama, Sarawak akan terus membangun dan memodenkan sektor utama untuk meningkatkan produktiviti bagi menyokong aktiviti pembuatan nilai tinggi seperti oleokimia, pemprosesan makanan, farmaseutikal, petrokimia, hidrogen dan produk berasaskan logam.

"Melalui inisiatif ini, 200,000 pekerjaan bergaji tinggi akan dihasilkan menjadikan jumlah pekerjaan 1.5 juta menjelang 2030, sehingga meningkatkan pendapatan dan taraf hidup selain peluang bagi belia kita mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk kerjaya mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam amanat khas sempena majlis pelancaran Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030)  yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, melalui pelaburan berkualiti, Sarawak akan mengubah struktur ekonominya dengan sumbangan yang lebih tinggi dari sektor perkhidmatan dan pembuatan menjelang 2030.

Katanya sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak akan meningkat dari 34.7 peratus pada tahun 2020 kepada 38.9 peratus pada tahun 2030 sementara sumbangan sektor pembuatan akan meningkat dari 26.8  peratus pada tahun 2020 hingga 29.0 peratus pada tahun 2030.

Malahan ujar beliau inisiatif pendidikan dan pembangunan modal insan, iaitu latihan pengembangan kemahiran akan memastikan bahawa rakyat Sarawak dilengkapi dengan kemahiran yang tepat untuk merebut pekerjaan yang diciptakan untuk meningkatkan pendapatan mereka.

"Dengan demikian pendapatan isi rumah bulanan rata-rata diunjurkan meningkat dari RM4,544 pada tahun 2019 kepada RM15,047 pada tahun 2030," katanya.

Sementara itu pada sidang media selepas pelancaran beliau berkata dasar yang kerajaan sediakan adalah inklusif dimana semua rakyat akan memainkan peranan dan akan mendapat kesan yang baik daripada pelaksanaan dasar-dasar PCDS 2030 termasuk berkaitan pembangunan modal insan.

"Pendidikan terutamanya, ia perlu sesuai dengan kehendak pasaran kerja yang memenuhi aliran-aliran pelaburan daripada industri yang masuk ke Sarawak," ujarnya.

Ditanya mengenai keyakinan Sarawak untuk mencapai pelan Strategi berkenaan dalam tempoh lapan tahun lagi, Abang Johari optimis Sarawak akan mencapai matlamat sebagai negeri maju menjelang tahun 2030 menerusi PCDS.

Katanya dengan mengambil contoh pada empat tahun lepas, antara kelemahan yang ada pada Sarawak adalah dari segi infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik dan perhubungan jalan raya.

"Maka itu dua tahun lepas kita telah melaksanakan projek pembangunan berasaskan infrastruktur berkenaan dan pada hari ini kita berjaya melaksanakan projek pembangunan fizikal ini dimana ada diantaranya masih dalam pembinaan," katanya.


Utusan borneo 2021-07-22T13:48:54+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040324 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list