CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7930|Reply: 38

"Orang Palestin Sangat Sensitif, Aib Bagi Mereka Jika Rumah Anak Yatim Bert

  [Copy link]
Post time 22-7-2021 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi pengalamannya sewaktu ke Palestin dengan mendedahkan bahawa isu anak yatim sebenarnya amat sensitif dalam kalangan masyarakat di sana.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Twitter miliknya, Fedtri berkata sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin beberapa tahun lalu, dia bersama kumpulannya telah merancang untuk mendirikan sebuah kompleks anak yatim di negara bergolak tersebut.




Foto: IG




“Awal-awal ke Palestin dahulu, kami beria-ia cadang supaya diwujudkan kompleks anak yatim di sana. Rupanya isu anak yatim ini sensitif. Tidak tahu pula.


“Orang di sana (penduduk Palestin) jelaskan persaudaraan mereka sangat kuat seperti adik-beradik. Kalau ada yang yatim (kanak-kanak), saudara-mara akan jaga,” tulisnya dalam Twitter.


Ujar pengacara program Malaysia Hari Ini itu lagi, dia baru tahu bahawa masyarakat Palestin merasakan seperti satu keaiban buat diri mereka sekirangnya rumah anak yatim banyak dibina di sana, seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil peduli tentang nasib anak-anak yatim.


“Seperti sati keaiban jika bertambah rumah anak yatim seolah-olah saudara-mara tidak ambil peduli. Baru tahu, lain tempat, lain situasi, adat, budaya dan sensitiviti.


“Pengalaman mematangkan. Lain negara, lain caranya,” ujar Fedtri.







Dalam hantaran tersebut, Fedtri turut berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran Jejak Rasul apabila beberapa rakaman yang telah dibuat terpaksa dipadamkan atas permintaan masyarakat di sana.


Ujarnya, penduduk di Palestin tidak begitu gemar jika ada beberapa perkara dalam kehidupan mereka dirakam seolah-olah mengaibkan mereka.


“Sama seperti penggambaran Jejak Rasul. Visual dan rakam sangat cantik tapi terpaksa dipadam sebab seperti mengaibkan mereka. Tapi kita harus hormat permintaannya,” katanya.


Bahkan, Fedtri turut berkata bahawa pengalaman kamera dirampas ketika berada di Palestin juga merupakan perkara biasa yang perlu dilaluinya.


“Ada harinya, sampai 10 kali kena (kamera dirampas). Masalah timbul bila tidak boleh berkomunikasi (masalah komunikasi). Macam ayam dengan itik,” katanya.


Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara apabila memburukkan nama Malaysia dengan tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.


Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang semua orang nak jadi duta jurucakap Palestin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni pun banyak rumah anak yatim, rumah org tua, rumah gelandangan dan rumah pompuan mengandung. Semuanya utk kepentingan politik dan cari keuntungan. Bole lah dpt melarikan cukai and songlap duit secara senyap. Nama je badan kebajikan tapi korg tau ke diorg tu jujur ke x. Xde sesape pun didunia ini nak bukak badan kebajikan ini xnak untung dgn duit tepi. Betol x org JKM?  Uols pun bkn nye cari org susah. Or pegi keluar mencari. Yg korg buat pun tgu kat opis smbil tgu laporan org awam. Sama la jugak dgn Pusat Zakat,  Majlis Agama Islam. Tgu laporan je. Opppps. Malaysia ni byk je bdn kebajikan termasuk NGO tp rkyt ade je yg tersisih xdpt bantuan. Ak sgt pelik. Ok laaa done mencaci.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak: Malaysia ni pun banyak rumah anak yatim, rumah org tua, rumah gelandangan dan rumah pompuan mengandung. Semuanya utk kepentingan politik dan cari keun ...

dorang tak byk stuff utk buat ops pegi cari org susah. byk dok melingkup kat ofis saja. xdak pasukan atau stuff yg ditugaskan utk gerakkan pegi cari org susah. semua harap ketua kg. ketua kg kdg2 prangai mcm kpala bana. xtau knp kerajaan tak ambk stuff utk buat kja2, pegi cari org susah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh cmtu..patutlah Dorang relax je lawan Israel tanpa senjata pon lantak
Kalau kat Malaysia takda kerja je pakat2 naik bendera putih..kat sana apa pon terjadi mereka tetap bersatu atau aib jika meminta..kat Malaysia siap masuk bersamamu sorok dulu apa2 yg nampak mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak tetiba teringat dos and donts dekat website corporate company mak utk yg travel abroad. Pergi negara ni apa yg kena buat apa yg x boleh buat. Pergi negara tu mcm mana budaya diorg etc etc.. Semua digariskan dlm website sebagai panduan. Jadi tidaklah malu company n negara. Bila travel abroad wpun business travel, kita bawa nama kita, nama company and nama negara sekali. Sian org mcm ni (read: dewasayu) yg x tau culture negara lain. Sedih.. Pilu.. Sayu... #donekecam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 03:41 PM | Show all posts
ebit kan jenis redah je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:42 PM | Show all posts
selepas baca ni harap terbuka lah minda ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bolos saja dinding ituuuuuu

bak kata zizonferari
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:45 PM | Show all posts
rumah anak yatim
tahfiz
yayasan
rumah perlindungan
tempat2 ni kalau x betul2, mmg byk drama sama mcm dalam drama swasta
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:46 PM | Show all posts
makneng replied at 22-7-2021 03:41 PM
Mak tetiba teringat dos and donts dekat website corporate company mak utk yg travel abroad. Pergi ne ...

prosedur dalam negara kita sendiri pun mesti ada sentuh peraturan berkaitan adat tempatan, even nak naikkan billboard iklan pun, nak buka tanah untuk penanaman pun kena refer adat tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakakpositifker replied at 22-7-2021 03:42 PM
selepas baca ni harap terbuka lah minda ya


Harap begitu lah, kalau x kerna topi tergesa2 gabra x tentu hala aiols x tau tunjuk gmbr bg hadiah isu sensitif rupanya..pahamlah kita, kekdg kita alpa. Kes2 gini mengingatkan kita pd setiap tmpt n negara ade adab yg perlu disantuni..eps tempat mcm palestine
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 03:52 PM | Show all posts
matbad replied at 22-7-2021 03:15 PM
dorang tak byk stuff utk buat ops pegi cari org susah. byk dok melingkup kat ofis saja. xdak pasuk ...

kalau cara kerja betul, boleh je selesaikan masalah ni, i rasa. Ahli Parlimen, ADUN, Ketua Kg semua tu ada nama senarai penduduk masing2. Kalau dia orang ni buat kerja di bawah dan kemudian referkan nama orang2 susah tu ke pejabat zakat dan sebagainya, mesti lagi mudah nak basmi kemiskinan tapi ada ke dia orang buat macam tu. Dekat tempat i ni lagi bodoh adun dia. dapat peruntukan berapa puluh ribu entah lepas tu beli beras dengan telur dan agihkan kat semua rumah, dah kira dia buat kerjalah tu padahal cubalah kerja dengan bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kat malaya banyak rumah anak2 yatim. sedara mara tak nak jaga. rumah orang tua, rumah itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la yang @dani-rox bising2 pasal poverty porn tu. Orang yang terlibat (i.e. real people facing the conflict) bukan suka ppun ditayang2 macam ntah hapa ja kehidupan meka dipamer untuk raih simpati...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahnya si dewa tu. Kat tempat sendiri bersepah rumah anak yatim yang daif. Bantu jelah kat sini. Gila glemer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 22-7-2021 03:41 PM
Mak tetiba teringat dos and donts dekat website corporate company mak utk yg travel abroad. Pergi ne ...

Ini lah i cuba explain dkt my sister...sudahnyaa..i dicop hati kerak..kena buat solat tobat..wakakakakak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok sangat situasi yg jadi. Mohon semua NGO di audit dan declare pape yg patut. Klu berterus gini, iols pun nak bukak jugak ah. Asyukkk 30% pun duit weyh. Saoe nak dapat duit dtg bergolek
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 22-7-2021 03:41 PM
ebit kan jenis redah je

Merasa tahap wali2 dgn perisai kebal golongan kayangan barangkali...sbb tu org tua2 kata masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 22-7-2021 03:05 PM
Malaysia ni pun banyak rumah anak yatim, rumah org tua, rumah gelandangan dan rumah pompuan mengandu ...

JKM ni sbnrnya Pengurusan nya sgt teruk tau
sian dengar..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.093530 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list