View: 2017|Reply: 5
|
[Dunia]
Perkuburan khas Covid-19 di kawasan kampung, penduduk minta matikan siren ambula
[Copy link]
|
|
Larangan bunyi siren ambulans, elak penduduk cemas
Oleh KOSMO!
18 Julai 2021, 6:55 pm
JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di Surabaya menggesa ambulans atau van jenazah yang melalui kawasan perkampungan mereka agar tidak membunyikan siren bagi mengelakkan perasaan cemas dalam kalangan masyarakat setempat, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Gesaan yang dibuat penduduk Desa Keputih itu dilakukan susulan lokasi kampung tersebut yang menjadi akses utama kepada van jenazah yang membawa mayat pesakit Covid-19 menuju ke kawasan perkuburan khas berdekatan.
Jika sesiapa yang melalui kawasan kampung itu, mereka dapat melihat satu papan tanda besar yang memberi peringatan agar ambulans tidak membunyikan siren.
“Anda memasuki kawasan kampung Desa Keputih. Pertama, ambulans atau van jenazah diminta mematikan siren.
“Kedua, penghantar jenazah diminta agar tidak berkelakuan sombong. Jangan ganggu ketenteraman penduduk setempat,” tulis papan tanda tersebut.
Sementara itu, menurut seorang penduduk setempat, Misiani, sebelum peringatan itu dikeluarkan, penduduk kampung berasa cemas setiap kali terdapat ambulans yang melalui kawasan kampung itu.
“Sejak kebelakangan ini, mungkin ada hampir seratus ambulans yang melalui kawasan kampung ini dalam sehari. Jika pada waktu malam, ia amat menyeramkan.
“Jadi, peringatan itu adalah sebagai tanda protes penduduk kampung ini yang sering berasa ketakutan kerana terdengar bunyi siren ambulans,” katanya. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jika bawa jenazah, tidak lah kecemasan, dan tidak perlu bersiren
malah jika bawa pesakit sekdar transporting pesakit yang stable pun, tidak perlu bersiren
''blue light'' ada indications nya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg menyeramkan bila ambulans lalu malam2?
“Sejak kebelakangan ini, mungkin ada hampir seratus ambulans yang melalui kawasan kampung ini dalam sehari. Jika pada waktu malam, ia amat menyeramkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 19-7-2021 01:55 AM
Apa yg menyeramkan bila ambulans lalu malam2?
“Sejak kebelakangan ini, mungkin ada hampir seratu ...
Your level of comprehension memang lemah kheunz? Baca berperenggan perenggan tanpa melihat dari sudut keseluruhan konteks....
Yg menjadikan cemas para penduduk bila waktu malam iteww kerna ambulan menyaringkan siren....setakat ambulans merentas desa tanpa siren kalau terbalik sekalipun kau ingat para penduduk pedulik?
Khenz?
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 19-7-2021 01:13 AM
jika bawa jenazah, tidak lah kecemasan, dan tidak perlu bersiren
malah jika bawa pesakit sekdar tra ...
Menyegerakan pengkebumian itewww yg dituntut agama...hence the siren?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Tulis elak pencemaran bunyi..lagi la logik sket..kalu dah beratus kali bunyi siren..ada anak kecil..cmne nk tidurkan..lainla satu kampung tu xde org
|
|
|
|
|
|
|
| |
|