CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 3

[Sarawak] Covid19 15/07/2021

[Copy link]
Post time 15-7-2021 07:31 PM | Show all posts |Read mode






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2021 07:45 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 08:01 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin memaklumkan bahawa satu kluster COVID-19 telah dikesan di Hospital Sentosa, Kuching, Sarawak seperti yang telah diumumkan melalui Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada 14 Julai 2021.

Kluster ini telah mula dikesan pada 12 Julai 2021 apabila seorang petugas kesihatan di hospital tersebut telah didapati positif COVID-19.

Susulan daripada itu, aktiviti saringan dan pengesanan kontak telah dijalankan.

Sehingga jam 6.00 petang, 14 Julai 2021, terdapat seramai 56 kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan 24 orang petugas kesihatan, 28 orang pesakit dalam, seorang (1) pekerja syarikat konsesi dan tiga (3) orang kontak serumah.

Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dan pengurusan Hospital Sentosa telah bertindak segera untuk mengawal dan mengekang perebakan jangkitan COVID-19 di fasiliti tersebut dengan melakukan langkah-langkah kawalan seperti berikut:

i. Mengenal pasti kontak rapat di tempat kerja, rumah dan sosial serta melakukan saringan calitan tekak terhadap kontak rapat di tempat kerja, rumah termasuk sosial. Manakala, tindakan merawat, isolasi dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit dan kontak;

ii. Kemasukan pesakit ke wad pesakit dalam dan kemasukan Orang Kena Tuduh (OKT) di Wad Forensik Lelaki dihentikan serta merta berkuat kuasa pada 14 Julai 2021;

iii. Perkhidmatan pesakit luar diteruskan secara tele-konsultasi, manakala, perkhidmatan pengambilan ubat dibuat secara pandu lalu;

iv. Terminal cleaning telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat;

v. Perkhidmatan terapi elektrokonvulsif yang melibatkan prosedur aerosol diberhentikan serta merta berkuat kuasa pada 12 Julai 2021.

Pesakit luar yang memerlukan perkhidmatan eletrokonvulsif berkala dirujuk ke Hospital Umum Sarawak;

vi. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan memantau tahap kesihatan semua petugas terlibat;

dan

vii. Amalan kawalan infeksi diperketatkan dan dipantau oleh Unit Kawalan Infeksi di kalangan kakitangan dan petugas kesihatan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menyeru orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan norma baharu yang telah ditetapkan termasuklah kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dengan betul serta penjarakan sosial walaupun telah mendapat suntikan vaksin COVID-19.


Sekian, terima kasih.
DATO' MOHAMED SAPIAN

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
15 Julai 2021



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 08:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055665 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list