View: 1946|Reply: 10
|
Keluarga Serabut Ramai Bertandang Nak Tengok Bayi Berkepala 3
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di Uttar Pradesh, India melahirkan anak dengan tiga kepala yang mengejutkan masyarakat tempatan hingga ada yang menganggapnya suci.
Berita kelahiran bayi pada 12 Julai lalu mendorong ramai datang menziarah untuk melihatnya dari dekat.
Ibu bayi itu yang hanya dikenali sebagai Ragini difahamkan tidak menghadapi sebarang masalah ketika proses kehamilan dan semuanya normal, namun terkejut apabila melahirkan bayi berkepala tiga itu.
Memetik Daily Star. Video dan foto menunjukkan seorang wanita sedang membetulkan cara bayi itu berbaring supaya dia selesa.
Dua lagi kepala terletak di bahagian belakang kepala yang normal, malah mempunyai rambut.
Dua kepala itu kelihatan berat ketika perempuan itu meletakkannya ada selimut, namun tidak ada tanda-tanda ia mendatang kesakitan kepada bayi berkenaan
Ibu dan bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan sudah pulang ke rumah.
Bagaimanapun, keluarganya kurang gembira dengan kehadiran orang ramai yang berterusan semata-mata mahu melihat bayi itu.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..better la dibuang je lebihan kepala tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, keluarganya kurang gembira dengan kehadiran orang ramai yang berterusan semata-mata mahu melihat bayi itu.
sediakan ja tin milo. lepas la beli pampers.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai sian nya baby...tgh covid2 teruk kat sana pun tk ada kesedaran lg |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Nak kaji apa ada dalam lebihan tempurung2 tu pun hospital2 sana tengah penuh dengan pesakit covid.
Harap baby tak apa2 and tu just ketumbuhan yang tak berisiko. Esok2 covid dah reda boleh kot dirawat, bedah buang ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti manusia ciptaan Allah tak sempurna. Kristian also can stop bullshiting about how Elohim created humans PERFECT in His image. |
|
|
|
|
|
|
|
ah sudah kang membawak penyakit kat baby |
|
|
|
|
|
|
|
kepala tiga ka ketumbuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Herlok sihat bambam baby tu..
Elok la dibuang karang nanti jadi bahan puja plak
|
|
|
|
|
|
|
|
namlak besar sihat babynya mcm dah 3-4 bulan, berapa kilo la tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
mesti tak scan kan masa dalam perut? kesiannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|