CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 0

[Sarawak] Waspada individu menyamar sebagai pegawai kerajaan

[Copy link]
Post time 15-7-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 14 Julai: Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak membuka pintu rumah sesuka hati kepada individu yang tidak dikenali dan dilihat mencurigakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata demikian ekoran satu pesanan yang tular baru-baru ini di media sosial berkenaan sekumpulan lelaki yang dikatakan menyamar sebagai pegawai kerajaan dengan niat yang tidak baik.
Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah untuk memeriksa dokumen pengenalan diri (ID) penduduk atau individu atas tujuan pilihan raya atau urusan rumah dan setelah selesai, kumpulan itu akan merompak rumah terbabit.
Oleh itu katanya, pihak polis menyeru agar rakyat di negeri ini sentiasa berwaspada dan berhati hati dengan orang yang tidak dikenali.
Walau bagaimanapun tegasnya semasa dihubungi CATS FM hari ini, PDRM Sarawak belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana pengadu tentang kes ini di Sarawak.
Difahamkan kumpulan terbabit menyamar sebagai kakitangan dari Kementerian Dalam Negeri.

Credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.608976 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list