CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 5

[Sarawak] Covid-19 14/07/2021 : 289 kes baharu, empat lagi kematian di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-7-2021 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-7-2021 12:21 PM

COVID-19: 289 kes baharu, empat lagi kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak mencatatkan 289 kes baharu dengan empat lagi kematian akibat jangkitan COVID-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini.

Menurutnya, Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 137 diikuti Sibu (31), Bukit Mambong (16), Beluru (14), Samarahan (14), Miri (12), Betong (8), Saratok (8), Sarikei (8) dan Serian (7).

Lain-lain kes dikesan di Subis (6), Meradong (5), Bintulu (4), Tatau (4), Bau (3), Kapit (2), Selangau (2), Asajaya (1), Kanowit (1), Lundu (1), Simunjan (1), Sri Aman (1), Tebedu (1), Telang Usan (1) dan Pakan (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak kini 69,865 orang.

“Daripada 289 kes hari ini,  enam kes merupakan tahanan imigresen di Kuching dan satu kes merupakan tahanan imigresen di Simunjan (Ops Benteng).

“Manakala lain-lain kes melibatkan kontak rapat kepada kes positif COVID-19, individu dalam kluster aktif sedia ada, saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

JPBNS turut memaklumkan  empat  kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini meningkat kepada 439 orang.

Keempat-empat kes kematian ini katanya, melibatkan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 55 hingga 84 tahun.

“Dua kes daripadanya meninggal di Hospital Kapit , satu di Hospital Umum Sarawak dan satu lagi jenazahnya dibawa ke Hospital Serian,” ujarnya.

Sementara itu, terdapat 1,917 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Manakala jumlah kes masih aktif dan dirawat di dalam wad hospital dan di PKRC adalah seramai 6,777 orang,” katanya.

utusan borneo 2021-07-14T 17:23:26+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.  Hari ni patblas ri bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2021 08:17 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 14-7-2021 12:23 PM

Tiga lagi kluster baharu diisytiharkan di Sarawak
KUCHING: Tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan Kluster Duyoh di Bau, Kluster Jalan Teo Kui Ngo di Meradong dan Kluster Sentosa 2 di Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Duyoh merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua keluarga di Kampung Duyoh, Jalan Jagoi-Serikin di Bau.

“Seramai 82 individu disaring dengan 22 kes didapati positif termasuk kes indeks, 53 kes didapati negatif dan tujuh lagi kes masih menunggu keputusan.

“Kesemua kes positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Kluster Jalan Teo Kui Ngo katanya, merupakan kluster komuniti yang dikesan di Pusat Penjaja Bintangor di Jalan Teo Kui Ngo di Meradong.

Seramai 53 individu disaring dengan 13 kes didapati positif termasuk kes indeks, 16 kes didapati negatif dan 24 lagi kes masih menunggu keputusan.

Kesemua kes positif itu ditempatkan di Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei.

“Kluster Sentosa 2 pula merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan petugas dan penghuni sebuah fasiliti kesihatan Kota Sentosa di Kuching.

“Seramai 181 individu disaring di mana 52 kes didapati positif termasuk kes indeks dan 129 kes masih menunggu keputusan,” ujarnya.
Kesemua kes positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan penamatan lima kluster iaitu Kluster Emperan, Selangau; Kluster Jalan Jambusan-Sunchar, Bau; Kluster Ijus Penyelayan, Miri; Kluster Jalan Daya, Kuching dan Kluster Jalan Keruing, Kuching

Penamatan kelima-lima kluster itu dibuat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas

“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 98 kluster dengan 10 daripadanya merekodkan penambahan 38 kes baharu manakala 88 kluster lagi tiada penambahan kes,” kata Jawatankuasa itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2021 08:18 PM | Show all posts
CatMiow replied at 14-7-2021 12:17 PM
Tt.  Hari ni patblas ri bulan.

yer typo tadi.. tq bagitau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2021 08:24 PM | Show all posts
PKPD: Tiga lagi kawasan baharu, enam ditamatkan

KUCHING: Tiga kawasan di negeri ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masing-masing di Bau, Sarikei dan Betong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata di Bau PKPD berkenaan melibatkan Kampung Jagoi Duyoh yang berkuatkuasa pada 15 hingga 28 Julai 2021.

"Sementara itu PKPD di Sarikei melibatkan bilik sewa atas kedai Famous Nasi Kandar Corner berkuatkuasa (13 hingga 26 Julai) dan di Betong melibatkan Lempaong Baru, Spak berkuatkuasa 15 hingga 28 Julai 2021.

"Jawatankuasa juga hari ini memaklumkan enam lagi kawasan telah ditamatkan PKPD kesemua berkuatkuasa 14 Julai 2021 iaitu dua kawasan di Sarikei, tiga kawasan di Saratok dan satu kawasan di Meradong," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagi kawasan yang ditamatkan PKPD di Sarikei ia melibatkan Rumah (Rh) Jerome, Sungai Kesa  dan Rh Jumbun, Simpang Koko.

Manakala di Saratok PKPD ditamatkan melibatkan Rh Milai, Emplaie Ili; Rh Mang, Sungai Wong, Roban dan Rh Changgie, Sungai Berayang, Roban.

"Manakala di Meradong PKPD yang ditamatkan melibatkan Rh Mary, Batu 3 Jalan KJD, Bintangor," katanya.

Sementara itu JPBNS memaklumkan tiada perubahan status zon daerah negeri ini yang sekali gus mengekalkan daerah berstatus Merah masih 21, sementara status Jingga (4 daerah), Kuning (14) dan Hijau (1).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 14-7-2021 08:18 PM
yer typo tadi.. tq bagitau

Tu la mod,  tekejut tengok 15hb,  sebab kemarin dan esok ada birthday  family members.  

Rasa mcm eh... Aku ke yg ketinggalan?

N tq for the tacang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.441135 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list