CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 0

[Sarawak] Upacara pengebumian, sembahyang cetus kluster baharu

[Copy link]
Post time 12-7-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu kluster baharu melibatkan penduduk di Kampung Kendaie, Lundu hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster itu adalah Kluster Kampung Kendaie Lundu yang mana 23 individu didapati positif COVID-19.

"Jangkitan merebak melalui aktiviti upacara pengebumian dan sembahyang mendiang yang telah berlangsung pada 30 Jun hingga 6 Julai 2021.

"Sebanyak 48 individu disaring yang mana 23 individu didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks (22 warganegara dan 1 bukan warganegara) dan 20 kes baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala 25 individu didapati negatif, dan kesemua individu positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kuching.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan Kluster Sungai Penyerai, Tatau ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Tambahnya, sebanyak 100 kluster masih aktif di negeri ini yang mana 92 kluster tidak merekodkan penambahan kes baharu manakala lapan kluster merekodkan penambahan 44 kes baharu.

Dalam pada itu, daerah Lundu hari ini bertukar dari jingga ke status merah selepas merekodkan 59 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan daerah berstatus merah sebanyak 21 daerah.

Selain itu, daerah Dalat bertukar dari kuning ke status jingga selepas merekodkan 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Manakala daerah Sebauh bertukar status dari jingga ke kuning selepas merekodkan 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas," ujarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.147023 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list