CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 1

[Sarawak] Mayat wanita hanyut ditemui

[Copy link]
Post time 12-7-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode


Mayat seorang wanita yang hanyut dibawa kepala air (arus deras) di Long Sukang, Lawas pada 10 Julai 2021 (Sabtu lepas) ditemukan pada jam 11.00 pagi hari ini (12 Julai 2021).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak menyatakan mangsa, Pn Rebecca John, 24 tahun, telah berjaya dijumpai oleh orang kampung dicelah batu yang besar pada jarak 6 km daripada Pos Kawalan Bomba (PKB) di hilir sungai.

Mangsa seterusnya dikeluarkan bersama -sama dengan pasukan Bomba yang turut berada dilokasi sebelum dibawa ke PKB. Mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menyatakan, pada hari insiden, mangsa bersama adik ipar dipercayai mengambil batu di sungai. Secara tiba-tiba kepala air datang dari hulu sungai telah mengakibatkan kedua-duanya jatuh dan telah hanyut dibawa arus sungai.

Walaubagaimanapun seorang mangsa, berjaya diselamatkan oleh orang kampung yang berada ditempat kejadian. Manakala seorang lagi mangsa telah hilang dihanyutkan air sungai yang deras.

Mangsa yang selamat, Pn Jenny Paris, 24 tahun telah diselamatkan oleh orang kampung bernama Jamson Noeh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2021 07:11 PM | Show all posts
LAWAS: Mayat wanita hanyut dibawa arus deras di Long Sukang dijumpai pasukan menyelamat 11.00 pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyatakan Rebecca John, 24 tahun ditemui orang kampung dicelah batu yang besar pada jarak 6 km daripada Pos Kawalan Bomba (PKB) di hilir sungai.

Mangsa seterusnya dikeluarkan bersama -sama dengan pasukan Bomba yang turut berada dilokasi sebelum dibawa ke PKB. Mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Petang Sabtu lalu Rebecca bersama adik iparnya dipercayai hanyut dibawa kepala air yang datang secara tiba-tiba dari hulu ketika mengambil batu di sungai berkenaan namun hanya Jenny Paris, 24 tahun, berjaya diselamatkan penduduk kampung.


Salam Takziah.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list