Edited by harisbee at 12-7-2021 04:55 PM
Tajuddin pun insaf...korang bila lagi?
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai kenyataan ahli MT lain yang menyatakan sekarang masanya UMNO perlu mentadbir negara kerana khuatir parti itu akan rugi apabila kes Covid-19 mulai menurun. “Kalau orang yang baik, kalau berbudi pada rakyat, rakyat pasti tahu siapa yang berbudi. Rakyat tahu menilai dan hargainya. Tak payah nak dabik dada kita buat itu kita buat ini. Ini yang ditakutkan, kerajaan akan dapat nama, UMNO yang rugi. “Saya tidak bersetuju pada pandangan yang sempit dan cetek ini. Cakap mesti datang dari hati yang baik. Jangan main politik sampai gadaikan maruah kita, sejauh mana keyakinan UMNO kalau mentadbir, boleh selesaikan kes Covid-19? Jangan cakap besar, ini kerja tuhan. “Jangan ingat bila kita ambil alih, kita mampu mengatasinya, jangan takbur sangat, kita selalu cakap kerajaan gagal, tapi diri sendiri gagal tu tidak sedar pula?” soalnya lagi. source https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/dewan-rakyat-penentu-langkah-mt-umno-gagal-atau-sebaliknya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dewan-rakyat-penentu-langkah-mt-umno-gagal-atau-sebaliknya
|