CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/07/2021 Sabah catat 251 kes baharu

[Copy link]
Post time 11-7-2021 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Sabah catat 251 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU:145 kes baharu COVID-19 daripada 251 kes keseluruhan hari ini adalah disumbangkan oleh kluster-kluster sedia ada serta saringan kontak rapat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 23 kes baharu di sini adalah disumbangkan oleh Kluster Bataras 1Borneo dan 22 kes hasil daripada saringan bersasar.

"Daripada 251 kes baharu, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 82 kes, diikuti Beaufort 34 kes.

"Kudat 28 kes, Tongod 19 kes, Tawau 15 kes, Pitas 11 kes, Kota Marudu sembilan kes dan Putatan serta Sipitang masing-masing lapan kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, Sandakan dan Penampang masing-masing merekodkan tujuh kes dan Tuaran enam kes.

"Keningau dan Papar masing-masing lima kes, Lahad Datu dan Kuala Penyu turut hanya mencatatkan dua kes sahaja.

"Daerah yang mencatatkan satu kes ialah Semporna, Kinabatangan dan  Kota Belud. Sementara Kalabakan, Kunak, Ranau, Telupid,  Beluran, Tenom, Nabawan dan Tambunan tidak mencatatkan sebarang kes,"katanya.

Dalam pada itu katanya, Sabah hari ini mencatatkan empat kluster baharu iaitu Kluster Balak Penangah, Tongod (25 kes), Kluster Jalan Membalua, Tawau (13 kes), Kluster KKIP Empat Timur, Kota Kinabalu (10 kes) dan Kluster Grandview, Sandakan (15 kes).

utusan borneo 2021-07-10T16:35:38+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.318242 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list