Iols bukan orang paling layak buka benang ni. Pendapat profesional daripada psikiatri lebih afdal untuk pencegahan. Cuma waktu ni pasti ada seorang dua yang bercadang nak bunuh diri sedang google cari inspirasi or jawapan. Cari 'the signs'.
You will find no single sign, no single saviour. Nikmat apakah yang kau dustakan lagi. Time will heal itu saja.
Ada beberapa perkara akan berlaku dan anda perlu bersedia.
1) Anda tepu dan tidak dapat berfungsi seperti biasa.
2) Anda mencari inspirasi di internet untuk cari kekuatan.
3) Anda dah mula kelaparan beberapa bulan. Tiada duit beli ubat.
4) Anda terpaksa berpindah dengan segera.
5) Keluarga menentang atau memberi anda tekanan.
6) Anda sudah berbulan-bulan hilang punca pendapatan.
7) Anda mengharunginya sendirian.
8) Anda merahsiakan kesusahan yang ditanggung.
9) Anda mula terlibat kes polis, mahkamah.
10) Anda mula rasa nak gila.
Anda sudah banyak tanggung tekanan dan hidup sehari ke sehari takat surviving. Makna hidup pun dah takda just nak bagi makan keluarga. Anda tau beberapa bulan lagi takda sumber untuk survive dan takmampu nak fikir apa yang boleh terjadi. Disini apa yang anda perlu lakukan segera.
1) Cari Nasi
Fasa ketiadaan sumber tu akan menjengah juga. Anda perlu cari bantuan cepat di pejabat wakil rakyat, jiran2 untuk survive 2-3 hari atau seminggu
2) Jual skill yang ada
Sambil tu fikir skill yang boleh dijual. Jaga anak orang, buat grafik, buat kuih, jual kek, baiki motor. Orang ramai suka lihat benda yang kita buat dengan tangan sendiri berbanding jual barang dropship.
3) Downsized perbelanjaan anda
Jika sebelum ni makan 3 kali sehari, anda perlu makan sekali sehari utk beberapa tempoh. Anda mungkin terpaksa biasa berlapar 3-5 bulan atau 2 tahun. Jika masak 3 lauk, mula masak 1 lauk. Pindah. Jual barang. Terminate netflix, astro dll sehingga ok semula. Hilangkan diri 3-5 tahun.
4) Control life anda
Kenalpasti siapa dan apa yang memberi tekanan kepada anda. Kawal kes2 luar biasa dan orang dalam rumah secara by hook or by crook. Belajar apa itu mental illness. Belajar membela diri, self esteem, boundaries, self respect. Belajar jadi savage animal. Activate suis alter ego terahsia. Jangan terlibat dgn physical agression, substance addiction dan human/material obsession. Hilangkan diri untuk bina semula kehidupan
5) Berserah
Anda terpaksa serahkan nasib pada tuhan sepenuhnya. Cuma tuhan akan bagi jalan keluar selepas beberapa tahun. Jadi plan anda perlulah panjang. Semasa kejadian terburuk berlaku, memang tiada saviour yang datang. Tiada orang selamatkan. Anda kena jadi saviour yang anda nanti2kan tu. Anda kena ada plan untuk tempoh yang panjang sebab life anda jatuh dan paling koman 3 tahun baru spirit sembuh. From sad bitch to savage - Ariana Grande
Memang betul tiada jalan keluar kecuali mati saja. Tetapi andalah orang itu yang tak memilih mati disaat maruah dipijak2.
Semoga anda mampu bangun kembali dan sabar harungi depresi serta kehidupan yang hina yang amat panjang. Goodluck from fallen beast
Post time 11-7-2021 11:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku selalu ckp rakyat malaysia kalau kena p perang/ kena serang mmg pakat mati awai
Sbb kita semua tk pernah hidup sengsara
Tgkla skg ni hampir setiap hari de je kes bunuh diri..kita masyarakt kena mainkan peranan
Kuala Lumpur: Purata dua kes bunuh diri setiap hari dilaporkan bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Post time 11-7-2021 09:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
makadek replied at 11-7-2021 11:19 AM
Aku selalu ckp rakyat malaysia kalau kena p perang/ kena serang mmg pakat mati awai
Sbb kita semua ...
Ini betul sgt..generasi skrg lg laa..gen stroberi..xleh susah sikit,stress smpai nak bunuh diri..tp tang BTS,kpoop,mcm2 ayat keluar..
And utk tak ot, ai rasa keadaan sekeliling pn main peranan jgk kan..kwn ai ada suicidal thoughts before this..tp mujur laa dia luah jgk kt ai,at least dpt buangkn beban dia sedikit..
Org y senang2 bunuh diri ni maybe xde org sekeliling y dia boleh percaya n tolong dia kot..kesian sgt2..dah jd mcm jepun pulak,stress sikit,bunuh diri..sedih tgk keadaan skrg..xkena covid,tp bunuh diri sbb keadaan..
Author|Post time 11-7-2021 09:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by KIM.K at 11-7-2021 09:24 PM
misc replied at 11-7-2021 08:46 PM
Jumpa link ni org share kat twitter. I rasa sgt bagus.
DASS-Depression, Anxiety & Stress Screening. ...
iols dapat semua normal.
Ada juga rakan yg bertanya am i okay..kenapa buat benang ni. Iols nak jelaskan juga, im okay iols tak akan share such level of understanding unless Ive exceeded this stage. Iols tak pernah rasa nak bunuh diri. Tulis sebab my savagery dapat bantu orang yang memerlukan.
Sesorg yg berada dalam situasi macamni, mereka tak akan mampu tulis untuk anda baca. Nak ajar orang lain jauh sekali.
Post time 11-7-2021 09:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KIM.K replied at 11-7-2021 09:33 PM
iols pun ada. Lagi2 bab cari jodoh dah ler painful. Iols terpaksa stop kejap, ease the pain, regro ...
Jodoh pn ye kot..mama pn duk pressure psl jodoh..time2 covid mcm ni nak suruh kawin,mmg tak lerr..kita pn cukup2 je nak hidup,dah kawin nti nak kena fikir mcm2..
Post time 11-7-2021 09:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KIM.K replied at 11-7-2021 09:46 PM
Chuol muda lagi tak. Iols masa 35-36thn pun kuat lg. Start 37yo iols dah serius sikit mencari, scr ...
Xmuda n xtua..hahaha..tp tulaa, pressure tu maybe sbb kezen2 pn ramai y dah kawin,n ai think msti ada y cucuk2 my mom...ai lg suka kawin ai sendiri y tanggung,bkn mcm org lain, parents y tanggung,n berhutang lg semata2 nak suruh anak2 dia kawin..hmmm..
Post time 11-7-2021 11:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Lavender85 at 11-7-2021 11:47 PM
I pernah ada di situasi ni way before covid. Xnk cerita very detail. Tapi downgrade life tu mmg paling ketara la.
Nak beli essential pun fikir byk kali cari paling murah. Waktu tu byk beli brand tesco sbb tu paling murah.
Tekanan dari org terdekat lagi. Tertekan dgn sejumlah duit hangus jadi dropship yg rupanya prduk yg xde kelulusan kkm ( rm5k )
Pendek cerita i manage to slowly cope semua. Tak kaya x miskin tapi rezeki tu sentiasa ada alhamdulillah.
Kalau org Islam i ada few tips utk korg :
1)baca surah Al- Taubah (ayat 128-129) lepas solat7x
2) Al-Ikhlas (11x setiap hari lepas subuh)
3) Surah Al-Insyirah (7x lepas solat)
4)Surah An-Najm (ayat 31-32)
5) Sayyidul Istighfar (Sebelum azan subuh)
6)Al Waqiah / al kahfi 1-10 lepas subuh
7) Tabung sedekah lepas subuh
Doa Nabi Musa :
- Wahai Tuhanku sesungguhnya aku sgt berhajat kpd sebarang rezski pemberian yg engkau berikan
Doa lepas subuh dan asar :
-Ya Allah aku berlindung kpdmu dari keluh kesah dan kesedihan dan aku berlindung kpdmu dari kelemahan dan malas dan aku berlindung kpdmu dari sifat pengecut dan aku berlindung padamu dari sifat bakhil dan aku berlindung kpdmu dari masalah hutang yg byk dan tekanan dari org yg zalim.
Ya Allah aku serahkan segala urusanku kpdmu utk diaturkan.
Ni plak doa yg pernah i amalkan tiba2 situasi yg x logik akan dipermudah dlm tempoh sgkat Allah betul2 mudahkan. Syukur Alhamdulillah
: Ya Allah tiada kesengan kecuali yg dikau mudahkan Dan dikaulah yg menjadikan kesedihan (kesukaran) jika.dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.
InsyaAllah doa sungguh2 kpd ya Rab mohon kasih sygNya sbb yg maha pengasih tu pun mmg antara sifat2Nya. Semoga perkongsian yg sikit ni dpt beri sikit manfaat kpd yg dlm diam hidup tekanan. Kunci dia kembali pada Nya