CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34614|Reply: 176

Wanita Kedah Kongsi Rasa Bahagia Dapat Balik Kampung Suami

  [Copy link]
Post time 10-7-2021 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Pernah Viral Nikah Jejaka Afrika , Wanita Kedah Kongsi Rasa Bahagia Dapat Balik Kampung Suami



Sebelum ini, viral di media sosial kisah seorang wanita tempatan yang memilih lelaki dari benua Afrika sebagai teman hidupnya. Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019.

Terbaru, Fila memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa dia telah mengikut suaminya pulang ke Conakry, Guinea.

  


Alhamdulillah selama dekat sini tak pernah rasa disisihkan atau di discriminate, semua layan baik, ramah-ramah. MashaAllah, tak sabar nak faham apa dia orang cakap, boleh borak bergurau dengan dia orang. Ada orang tanya, pernah tak kat sini, polis minta nak check passport ke apa. Memang tak ada. Tengok la akak polis ni siap ajak bergambar lagi. Walaupun dia orang confuse Fila orang apa, dia orang tetap layan Fila baik-baik. Tak jumpa lagi orang racist dekat Fila dekat sini. Alhamdulillah, semoga berkekalan macam ni InshaAllah doakan kami dekat sini tau.

Menurut Fila, dia berasa gembira apabila berada di kampung halaman suaminya. Tambahnya, dia dilayan dengan begitu baik oleh keluarga mentua termasuk masyarakat di Conakry. Jelasnya lagi, masyarakat di sana tidak terkejut melihat orang luar seperti dirinya di kawasan berkenaan.

Di samping itu, Fila memberitahu bahawa terdapat peniaga yang berbangsa Cina di sana juga selain dirinya. Kebanyakan masyarakat di Conakry turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila bertemu dengan orang Malaysia. Bagi mereka, layanan yang baik perlu diberikan kepada para pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.

Tak wajib pakai pelitup muka

  


Menerusi video-video yang dikongsikan oleh Fila juga, dia menjelaskan mengapa masyarakat di negara tersebut tidak lagi memakai pelitup muka. Ujarnya, hanya sesetengah tempat sahaja mereka perlu menggunakan pelitup muka. Berkongsi mengenai kes harian Covid-19, Fila memaklumkan bahawa kes di sana tidak terlalu tinggi namun, masih ada. Mereka hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.

Rata-rata netizen teruja melihat dan membaca pengalaman Fila ketika berada di sana. Menurut netizen, mereka tertarik melihat perbezaan latar belakang masyarakat dan budaya di negara tersebut.

Sumber: Fila Amir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat suami baik.. Rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak bahgia cam dia...boleh mula ngorat lelaki Afrika....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..org kedah urban ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:33 PM | Show all posts
Senakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Oloh oloh baju baju akak ni. Ketat melekap semuanye ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki diapn nampk bagus.. okla tp diorg duduk sementara je kt sanekan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la dpt layanan mesra kt sana. Tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti rasa mcm ratu kan kat sana,
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh..mcm tuh rupanya..mati2 aku ingt dia totop sma benda..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Plg cantiklah ni kt sana.. muka laki pun mcm bangga gila.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka laki dia..nampak caring,bertangggungjawab..lagipun biznes man kan.

I harap lepas ni si fila ni pakai molek sikit..tak sangka sheols orang kedah..tgk muka,iye..tgk pemakaian,jauh benorr
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 12:59 AM | Show all posts
perghhh bajet dia lah paling cantik dlm town tu.
Takpelah
Semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cube la Meng urban kan diri dengan berpakaian begitu. Btw bila punya ni? Boleh ke merentas negara atas alasan balik kampung suami yang orang sana.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
manis jgk fila ni
300k+ view live dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la belah sana layan ko baik gila siap junjung ko sbab ko paling putih kt sana..sama cma org meleis bila dpat menantu omputih dicanang 1 daerah..

Btw laki dia keje pe?brani ea dia kawen puak wakawaka ni..kn dorang slalu scammer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 11-7-2021 01:33 AM
Mesti la belah sana layan ko baik gila siap junjung ko sbab ko paling putih kt sana..sama cma org me ...

Biz jual perabot import from msia.. ni kedai kat conakry
Kedai kat kl dah tutup... biz perabot jgk kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 10-7-2021 11:54 PM
Plg cantiklah ni kt sana.. muka laki pun mcm bangga gila.. hehe

Ingatkan aku sorang je perasan benda ni. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
seronok jugak tgk content youtube dia. lain dari yg lain sbb jrg tgk ummah malaya nikoh warga guinea.nama negara tu pun sesekali dgr je time tgk miss universe
seafood kat pasar fresh2 beso2 plak tu dan sgt murah. bawak duit main ikat getah je. pergi bank kuarkan duit, sekali penuh beg dah macam duit main2 plak.
untung dia dpt laki pandai bisnes,fmly laki pun berbisnes.kat malaysia pun bisnes perabot kan main menjadi. yg biasa dgr ummah afrika ni ramai scammer je kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 11-7-2021 02:00 AM
Minta maaf, i bukan hati hitam. Tapi kenapa ramai kata laki dia baik, bagus? Biasa lah laki camtu ka ...

Tak follow ig dia tapi pernah tgk youtube channel diorang, setakat ni nampak both baik, respect each other dan tenang. Laki dia pun nampak mcm sopan dan gentleman sebab tu kot org ckp baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072479 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list