CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1768|Reply: 3

[Sarawak] Bogel , mabuk dan cuba melanggar petugas sekatan jalanraya

[Copy link]
Post time 10-7-2021 05:14 AM | Show all posts |Read mode
Tapi ...
kata nya mental ... camne tu...?



PADAWAN: Seorang lelaki disyaki pesakit mental mengalami kecederaan selepas cuba melanggar salah seorang petugas di Sekatan Jalan Raya Jalan Batu Kawa, malam semalam.

Tindakan suspek berusia 28 tahun itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh pasukan operasi dengan menendang tayar hadapan motosikal ditunggangnya, menyebabkan suspek rebah daripada motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, insiden berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel serta mabuk, dan bersikap sedikit agresif.

"Sebelum itu, suspek menunggang sebuah motosikal Yamaha biru cuba melanggar salah seorang petugas sehingga menyebabkan pengadu terpaksa bertindak menendang tayar bahagian hadapan motosikal terbabit.

"Akibatnya suspek mengalami kecederaan luka di bahagian tangan kanan setelah jatuh dari motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Menurut ahli keluarga suspek dia mengalami masalah mental.

Susulan kes itu katanya, suspek akan ditahan lanjut setelah mendapatkan rawatan di hospital.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2021 05:31 AM | Show all posts
Nasib baik la polis tu sempat mengelak dan tendang tayar

kalo tak ... tak memasal jer cedera




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh mental2 pon, badan bertatu siap
Abam2 polis tu tabah dan sabar betholl boleh kasi duduk atas motor gitu, sambil tanya2
Kalau polis US, dah kena on the ground, ada yg kena taser siap Org2 sana punya badanlah plk kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-7-2021 05:31 AM
Nasib baik la polis tu sempat mengelak dan tendang tayar

kalo tak ... tak memasal jer cedera

Sedara sape laa nii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.206126 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list