CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Sarawak] Judi bola, judi kaut RM100,000 sebulan: Kondo mewah diserbu

[Copy link]
Post time 9-7-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 9-7-2021 12:07 PM

Judi bola, judi kaut RM100,000 sebulan: Kondo mewah diserbu





KUCHING: Sebuah kondominium mewah di Jalan Stutong diserbu selepas dikesan dijadikan pusat pengoperasian pertaruhan bookie bola dan judi dalam talian yang mencecah keuntungan sekitar RM100,000 sebulan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Kimisioner Ahsmon Bajah berkata, seramai lima orang tempatan berusia 17 hingga 25 tahun telah ditangkap hasil Op Dadu Khas oleh Pasukan Khas.

Menurutnya kesemua suspek terlibat sebagai operator dalam menjalankan pengoperasian melibatkan pertaruhan bola kejohanan Euro 2020 yang telah bermula sejak pertengahan Jun lalu serta kegiatan judi dalam talian (JOL).

“Pusat ini menganjurkan pertaruhan bola melibatkan beberapa kawasan.

“Siasatan awal memdapati sindiket ini dipercayai telah membuat keuntungan lebih kurang RM40,000 bagi kegiatan Bookie dan RM60,000 sebulan dalam aktiviti JOL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya turut dirampas peralatan untuk menjalankan sindiket iaitu satu set komputer, satu Ipad jenama Apple, lima buah telefon bimbit jenis Iphone, sebuah telefon bimbit jenama Samsung dan pelbagai lagi peranti lain.

Ujarnya kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda maksimum sehingga RM200,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Selain itu tegas Ahsmon, pihak polis bukan sahaja melakukan pendakwaan di mahkamah malah akan melakukan pemotongan bekalan elektrik di setiap premis yang telah diserbu di samping di bawah undang-undang pencegahan (POCA).


sarawak voice July 9, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list