CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 8

[Sabah] Covid-19 09/07/2021 Majlis pengebumian dan kenduri sumbang kes tertinggi COVID-1

[Copy link]
Post time 9-7-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Majlis pengebumian dan kenduri sumbang kes tertinggi COVID-19

KOTA KINABALU: 49 daripada 52 kes baharu COVID-19 di Pitas berpunca daripada majlis pengebumian dan kenduri 20 hari di Kampung Naruntung daerah berkenaan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dijangkakan lebih banyak kes positif akan direkodkan dalam tempoh terdekat ini.

"Sementara itu, sebanyak 37 daripada 78 kes baharu COVID-19 di Kota Kinabalu adalah dari Kluster Bataras 1Borneo.

"Kedua-dua lokaliti ini telah diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dalam pada itu katanya, Sabah semalam merekodkan sebanyak 323 kes baharu COVID-19 dan daerah ini mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Pitas.

Katanya, Kudat pula merekodkan 36 kes, Beaufort 27 kes, Papar 23 kes, Penampang dan Putatan masing-masing 18 kes.

"Sandakan mencatatkan 16 kes, Tawau 13 kes, Tuaran tujuh kes, Keningau dan Kota Belud masing-masing enam kes.

"Lahad Datu mempunyai lima kes, sementara Kunak, Kinabatangan dan Nabawan masing-masing empat kes. Semporna pula merekodkan tiga kes, Kuala Penyu dua kes, Kota Marudu satu kes," katanya.

Menurutnya, antara daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Kalabakan, Telupid, Beluran, Tongod, Sipitang, Tambunan, Ranau dan Tenom.

Katanya lagi, terdapat satu kluster baharu iaitu Sawit Segama, Lahad Datu yang menyumbangkan 15 kes baharu hari ini.


utusan borneo 2021-07-09T16:55:40+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 07:58 PM | Show all posts
Kluster baharu libatkan permainan atas talian dikesan

KOTA KINABALU:Satu kluster baharu COVID-19 melibatkan permainan atas talian direkodkan di Lumadan Beaufort pada 8 Julai 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Lumadan, Beaufort turut melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja dari pelbagai lokaliti berbeza di sekitar Mukim Lumadan.

"Kes indeks adalah lelaki, 19 disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag 100 peratus di Klinik Subha Beaufort pada 29 Jun 2021, selepas bergejala demam dan batuk sejak 24 Jun 2021.

"Hasil saringan kontak rapat, sembilan ahli keluarga dan jiran didapati positif. Berdasarkan siasatan, kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa aktiviti permainan atas talian dikenal pasti menjadi punca penularan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bermula dari 29 Jun 2021 sehingga 8 Julai 2021, terdapat 46 kes termasuk dua kes baharu semalam daripada 110 saringan yang dijalankan. Kadar positif adalah sebanyak 41.81 peratus.

Sementara itu, terdapat satu lagi kluster baharu iaitu iaitu Kluster Istimewa Dua yang melibatkan jangkitan dalam komuniti di lokaliti Kg. Istimewa, Sandakan.

"Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pernah melaporkan kejadian kluster di kampung yang sama pada 14 November 2020.

"Kali ini, kes indeks merupakan lelaki, 48, dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 25 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Sandakan," katanya.

Dalam pada itu katanya, pada 8 Julai 2021 jumlah kes positif baharu COVID-19 adalah sebanyak 279 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,468 kes.

Katanya, tiga kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Semporna, Lahad Datu dan Beaufort.

Selain itu katanya, sebanyak 28 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah pada 8 Julai 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg bercita2 dpt rentas negeri utk jumpa toknek cucu nenda tokwan pakwan hrp dapat mematuhi sop yg ketat. Berkumpul ramai2 dalam kawasan yg terhad punca virus covid hidup dan membiak. Suhu badan manusia dan tekanan udara menyumbang pembiakan covid.

Nk pegi berjalan2 di mall bole jah..sbab tk duk rapat2 dgn org lain. Jaga SOP tu je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 08:33 PM | Show all posts
dengar cerita kawan opis..
kawan dia duk selangor
lama dah tak kuar rumah.. sekali tu kuar beli barang dapur
sehari lepas tu demam, suhu tinggi.. pi klinik +ve
memang kuat varian sana..
so berhati2 Alls

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 9-7-2021 08:33 PM
dengar cerita kawan opis..
kawan dia duk selangor
lama dah tak kuar rumah.. sekali tu kuar beli ba ...

Ini bukankah kisah ahli kumpulan Floor 88 di bod gossip tempatan? Kebetulan sama kronologinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 08:52 PM | Show all posts
awanearisu replied at 9-7-2021 12:45 PM
Ini bukankah kisah ahli kumpulan Floor 88 di bod gossip tempatan? Kebetulan sama kronologinya.

bukanlah..
kawan geng aku tu orang biashe2 bukan artis hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 9-7-2021 08:52 PM
bukanlah..
kawan geng aku tu orang biashe2 bukan artis hehe

Ingatkan orang yang sama
Memang lain macam varian kali ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 9-7-2021 08:33 PM
dengar cerita kawan opis..
kawan dia duk selangor
lama dah tak kuar rumah.. sekali tu kuar beli ba ...

Acana dia dpt??? bersentuhan,borak2...???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 9-7-2021 12:59 PM
Acana dia dpt??? bersentuhan,borak2...???

Ntah sebab virus xnampak

BAGAIMANAKAH VIRUS BOLEH BERJANGKIT?

-  Batuk dan bersin oleh individu bergejala
-  Sentuhan dengan individu bergejala
- Menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.269169 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list