CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1461|Reply: 2

[Sarawak] Buang Sisa PPE & Pelitup Muka Dengan Betul

[Copy link]
Post time 9-7-2021 03:14 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak menyeru semua pihak untuk memainkan peranan dengan memastikan pelitup muka dan sisa peralatan perlindungan peribadi (PPE) dibuang dengan betul dan selamat.

Menerusi kenyaatn NREB pada Khamis berkata, pemakaian pelitup muka adalah untuk melindungi diri namun pada masa yang sama pembuangan pelitup muka dan sisa PPE secara betul amat penting demi kesihatan dan persekitaran lebih baik kepada alam sekitar kepada generasi masa depan.

Katanya lagi, Kerajaan pada masa ini sedang melakukan yang terbaik dalam menangani isu sisa PPE dan bagi NREB bagi memperhebatkan penguatkuasaan dan pemantauan.

“Pemantauan dan rondaan yang dibantu menggunakan dron telah meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pasukan penguatkuasa mengesan sebarang aktiviti tidak bertanggungjawab seperti pembuangan sampah sebarangan yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

“Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya,” menurut NREB.

Justeru katanya, penggunaan PPE adalah tidak boleh lama dan pelitup muka adalah sebagai satu kategori sampah baharu yang muncul.

“Pengesyoran penggunaan wajib pelitup muka atau PPE diperluaskan ke banyak tempat awam seperti pengangkutan awam, kedai, pejabat atau premis lain dan ini menghasilkan peningkatan jumlah sisa PPE dilupuskan juga meningkat,” katanya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 03:16 AM | Show all posts
MEMANDANGKAN pemakaian pelitup muka yang diwajibkan sejak 1 Ogos lalu sebagai alat pelindung diri, maka cara pembuangannya perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelak penularan Covid-19.

Malangnya ramai yang tidak memandang berat perkara tersebut dengan membuangnya di atas jalan raya, parkir kenderaan, laluan kedai, longkang dan sebagainya.

Kebimbangan itu turut dilahirkan oleh Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut Lam Thye, tindakan membuang pelitup muka dengan cara sedemikian boleh menyebabkan pengumpul sampah menjadi kumpulan yang paling mudah terdedah, sekali gus menyebarkan jangkitan.

Malah cadangan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap orang ramai yang sengaja membuang pelitup muka tanpa mengikut kaedah yang tepat disokong memandangkan langkah tersebut dapat melahirkan rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam membendung virus Covid-19.

Tindakan itu perlu dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab ekoran boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mengakibatkan saluran air tersumbat.

Justeru, orang ramai diminta membuang pelitup muka dengan kaedah yang disaran oleh Kementerian Kesihatan seperti melipat dan menggulungkannya sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Marilah kita bersatu dalam membendung penularan pandemik Covid-19 sehingga virus itu ‘lenyap’ dari muka bumi ini. Selagi tiada vaksin atau penawar, maka kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan kawalan kendiri agar tidak dijangkiti.

IMAN KHALID
Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 03:25 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.196203 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list