CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 3

[Sarawak] UPDATE : Dah di jumpai. Warga emas hilang ketika menghantar makanan untuk isteri

[Copy link]
Post time 9-7-2021 02:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-7-2021 08:36 PM
KANOWIT, 8 Julai: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas disedari tidak balik ke rumah di Rumah Tanjung, Sungai Ranan oleh anggota keluarganya sekitar jam 9 malam semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata menurut laporan polis, mangsa Singwa Ngap berusia 66 tahun keluar menghantar bekalan makanan untuk isterinya yang bekerja di ladang sawit Pelita Kanowit pada Selasa lalu dan dipercayai tidak sampai di lokasi.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.18 pagi tadi.


Pencarian dijalankan di kawasan ladang sawit dalam radius 5 kilometer.


Setakat ini, mangsa masih belum ditemui.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 02:01 AM | Show all posts
semoga selamat dan ditemui ...

berlindung kat memanake...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 02:16 AM | Show all posts
Pasukan SAR temui tapak kaki dan nenas dipercayai milik warga emas hilang di Kanowit

KANOWIT, 8 Julai: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang di Rumah Tanjung, Sungai Ranan ditangguhkan sekitar jam 5 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa Singwa Ngap berusia 66 tahun masih belum ditemui dan pencarian disambung esok.
Walau bagaimanapun, Komander Operasi melaporkan pasukan SAR menemui tapak kaki mangsa dan barang makanan iaitu buah nenas dipercayai milik mangsa di kawasan pencarian hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang Selasa lepas, mangsa keluar menghantar bekalan makanan untuk isterinya yang bekerja di ladang sawit Pelita Kanowit namun mangsa dikatakan tidak sampai ke lokasi berkenaan.

Mangsa disedari tidak balik ke rumah oleh keluarganya jam 9 malam semalam dan laporan hanya dibuat sekitar jam 8.18 pagi tadi.

Difahamkan mangsa mengalami lumpuh sebelah tangan dan menghidap penyakit sawan.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2021 08:40 PM | Show all posts
Alhamdulillah .. selamat ...

Warga emas hilang di Kanowit dijumpai selamat


KANOWIT : Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang pada Rabu lalu semasa menghantar bekalan makanan kepada isterinya dijumpai selamat, hari ini.


Jurucakap Bomba Sarawak berkata, pihak bomba dengan bantuan orang kampung telah menjumpai mangsa, Singwa Ngap berusia 66 tahun di kawasan rumah panjang Inyang Kanowit sekitar jam 7.35 pagi tadi iaitu 9KM dari rumah mangsa.


Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga 9 malam pada hari Rabu selepas menghantar bekalan makanan kepada isterinya yang bekerja di ladang sawit pada Selasa dan dilaporkan mangsa tidak sampai ke lokasi yang dituju.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061828 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list