CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 1

[Sarawak] JPBNS siap sedia memasuki Fasa 2 NRP

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-7-2021 12:17 PM

JPBNS siap sedia memasuki Fasa 2 NRP


Uggah bersama Chuat dan ADUN LAYAR Gerald Rentap menyampaikan bungkusan buah kepada Pegawai Perubatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkas.


SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan persiapan negeri memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (NRP).


Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan samada Sarawak akan dibahagikan kepada zon berbeza, selain membincangkan cara pelaksanaannya.

"Persiapan kami juga akan menilai keadaan pandemik COVID-19 di setiap daerah," ujar beliau kepada media selepas menghadiri taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan di Bukit Saban di Pejabat Daerah Spaoh di sini, hari ini.

Taklimat disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kerja Raya bahagian dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak. Turut hadir, Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu.

Uggah menambah, Sarawak akan menggunakan 'Tiga Indikator Ambang Utama' untuk beralih dari fasa 1 ke fasa 2 dan seterusnya.

Jelas beliau, ia berdasarkan kepada jumlah kes positif yang direkodkan, kapasiti katil ICU dan peratusan vaksinasi diberikan.

"Sekiranya angka harian kes positif kita terus menunjukkan arah aliran penurunan seperti dalam beberapa hari terakhir dan hari ini, kita harus segera memasuki Fasa 2," kata Uggah.

Mengulas lanjut mengenai arah aliran penurunan kes, beliau mengatakan ia mungkin berpunca daripada dua sebab.

"Pertama, ia disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan kita dan banyak aktiviti tidak dibenarkan,” ujarnya.

Menurutnya, antara tujuan PKP adalah supaya orang ramai duduk di rumah dan tidak dapat bergaul atau melakukan pergerakan merentas daerah, sehingga dapat menghentikan penularan wabak.

"Sebab lain dan mungkin pada tahap tertentu akan menyumbang kepada penurunan kes adalah program vaksinasi negeri yang sangat aktif. Tetapi kita belum boleh benar-benar yakin kerana belum selesai melakukan vaksinasi kepada 2.2 juta orang yang disasarkan,” jelas Uggah lagi.

Terdahulu, Uggah juga menyampaikan bungkusan buah kepada petugas barisan depan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Rentap di Betong sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
100 bungkus buah itu disumbangkan oleh Jabatan Pertanian.


utusan borneo 2021-07-07T17:39:05+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 06:25 AM | Show all posts
Unggah ngan Masing ... dua2 best buat masa ni ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119556 Replies : 3088
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 9397 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.244672 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list