CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sasar memvaksin 2.2 juta rakyat

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-7-2021 12:19 PM

Sarawak sasar memvaksin 2.2 juta rakyat

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak mensasar memvaksin semua 2.2 juta rakyat negeri ini yang layak.


"Kita tidak lagi bercakap mengenai imuniti kelompok. Kita hanya mahu memvaksin semua 2.2 juta rakyat Sarawak yang layak seperti disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan di konstituensinya Bukit Saban bertempat di pejabat daerah kecil Spaoh, Betong hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin kerana membekalkan vaksin COVID-19 mencukupi untuk Sarawak.


Beliau berkata kerajaan negeri kerajaan persekutuan komited untuk terus memenuhi permintaan bekalan vaksin daripada Sarawak.

"Apabila kita mendapat bekalan mencukupi, kita boleh melengkapkan program imunisasi kita yang disasarkan pada hujung Ogos ini.

"Program vaksinasi dilaksanakan di seluruh negeri. Kita ada pasukan-pasukan bergerak untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tinggal jauh dan sukar diakses seperti di pedalaman Bario, Baram, Kapit, Belaga, Miri dan beberapa tempat lagi," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata masih masih ramai rakyat negeri ini yaang layak belum divaksin.

Justeru ujarnya pasukan bergerak khasnya berusaha mendapatkan kumpulan tersebut dan meningkatkan kapasiti suntikan vaksin kepada hampir 60,000 dos sehari.

Uggah memberitahu setakat Selasa, kira-kira 1,612,639  rakyat negeri ini telah divaksin.

"Mereka terdiri daripada 1,254,639 juta (61 4 peratus) sudah mendapat dos pertama dan 357, 574 (17.5 peratus) menerima dos kedua.

"Selepas ini, memandangkan seperti dilaporkan vaksin Pfizer boleh diberikan kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun, 200,000 lagi rakyat Sarawak akan divaksin," katanya.

Selesai taklimat tersebut, Uggah bersama Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat dan setiausaha politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu melawat projek rintis penanaman halia secara fertigasi di Rh Enteri, Samu, Paku dan projek rintis penternakan babi moden membabitkan komuniti rumah panjang di Munggu Gernis di kawasan sama.



utusan borneo 2021-07-07T18:15:00+08:00




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.660745 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list