View: 1441|Reply: 4
|
"Jangan Panik, Terus Saja Lawan Pemerintah Zalim,"-Wanita Makan Di Res
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan wanita sedang duduk dan makan di sebuah restoran dipenuhi pengunjung dan berkata bahawa mereka tidak takut dengan koronavirus, lapor laman berita Merdeka.com semalam.
Menerusi video berdurasi 65 saat yang dimuat naik di akaun Instagram @smart.gram itu, jelas kelihatan wanita-wanita tersebut makan beramai-ramai tanpa mengikut peraturan kesihatan seperti penjarakan fizikal.
“Di Padang Kota bebas, boleh makan apa sahaja dan tiada yang di ‘lockdown’. Tiada batasan dan semuanya bebas, tiada penjarakan (fizikal) dan tidak takut dengan Covid-19.
“Lihatlah saya di Padang, makan di Restoran Bebek Sawah. Kenapa di Jakarta semuanya panik, jangan panik, terus saja lawan pemerintah yang zalim. Mari makan rakan-rakan semua,” demikian kata salah seorang wanita dalam video tersebut.
Aksi wanita itu mengundang komen daripada netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan wanita itu yang sangat angkuh.
“Puan, puan seharusnya sujud syukur bukannya riak begitu,” tulis seorang netizen.
“Wah, wanita memang selalu betul,” tulis seorang lagi netizen.
Video tersebut sudah ditonton hampir 7,000 kali dengan hampir 600 komen. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
hihihihihih takpe. negara yendon, pandai2 laa deme setel. Tapi jangan mengada nak datang malaya! |
|
|
|
|
|
|
|
ni masa bila pompuan ni buat bideo ni ?.... kalau minggu lepas ntah2 sekarang ni dia dah 6 feet under the ground dah pun...... |
|
|
|
|
|
|
|
betullah dia cakap
sama mcm kat sini semua takut blk kg nti jangkit kat org tua takut atok nenek kajol
aku balik berkali kali ok je atok nenek tak kajol |
|
|
|
|
|
|
| |
|