CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 1

[Sabah] Pencuri yang keji...nak curi ... cabul pun nak juga

[Copy link]
Post time 7-7-2021 03:28 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang wanita bukan hanya berhadapan detik cemas malah turut mengalami kecederaan selepas bergelut dengan lelaki yang cuba mencabulnya di rumahnya di Bukit Padang di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya bagaimanapun sudah menahan suspek yang berumur 29 tahun itu di sekitar lokasi kira-kira enam jam selepas kejadian.

“Kejadian awal berlaku apabila mangsa ingin bersiap untuk ke tempat kerja kira-kira jam 6 pagi sebelum keluar menuju ke tandas untuk menutup air yang melimpah selepas selesai mandi.

“Mangsa kemudiannya diterkam di bahagian belakang leher secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang kemudiannya menutup mulut mangsa sebelum mengheret mangsa masuk ke salah sebuah bilik.

“Disebabkan ingin meminta pertolongan, mangsa menjerit sekuat hati menyebabkan suspek menumbuk muka mangsa beberapa kali selain mencekik leher mangsa bagi mengelakkan jeritan mangsa didengari orang,” katanya.

Beliau berkata berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek menghentak kepala mangsa di dinding bagaimanapun mangsa berjaya melarikan diri dan menghala ke pintu utama sebelum salah seorang jiran menyedari kejadian.

“Mangsa segera ke rumah jirannya dan menceritakan kejadian sebelum jirannya memeriksa rumah mangsa dan mendapati suspek melompat melalui tingkap untuk melarikan diri,” katanya sambil menambah mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Katanya jiran mangsa mengenali suspek berikutan suspek juga adalah salah seorang penghuni di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati pihak Forensik IPK Sabah berjaya memperoleh dua maklumat sampel asid deoksiribonukleik (DNA) di bahagian tombol pintu serta permukaan lantai dipercayai air kencing suspek di hadapan pintu bilik mangsa, serta menemukan sarung tangan dan pemutar skru yang ditinggalkan.

“Mangsa hanya tinggal bersendirian, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher, bengkak di kepala, siku, lutut serta muka disebabkan serangan serta tumbukan suspek,” katanya.

Mohd Zaidi berkata bertindak dengan kejadian suspek berjaya ditahan kira-kira jam 1 petang di kawasan berhampiran lokasi kejadian.

“Suspek mengaku masuk ke rumah mangsa untuk mencuri bagaimanapun niat itu bertukar sebaik melihat mangsa dan cuba mencabulnya.

“Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Vivi Olviana Najurus


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan, mahu fobia mangsa tu tapi kuat semangat dia untuk mempertahankan diri.
Lelaki memang mudah tewas dengan nafsu syawat je, pantang nampak perempuan terus hilang kawalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.260792 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list