CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4541|Reply: 37

Graduan dari England buka kafe tauhu bergedil di Kuantan walaupun kena kecam, si

[Copy link]
Post time 5-7-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Graduan dari England nekad buka kafe tauhu bergedil

    Oleh KHAIRIYAH HANAFI
    5 Julai 2021, 6:09 pm



MELIHAT perkataan The Jenab Cafe pada papan tanda yang tergantung di atas sebuah kafe di Kubang Buaya, Kuantan, Pahang, pasti ramai yang teruja apabila mengetahui premis tersebut dimiliki oleh seorang anak muda berusia 27 tahun.

Lebih-lebih lagi apabila kafe milik Nor Hafizhatul Haq Mohd. Ruslan itu menjadi buah mulut orang ramai kerana dikatakan menghidangkan tauhu bergedil paling sedap di negeri tersebut.

Biarpun sebelum ini graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Architectural Technology and Practice dari Universiti Derby, England itu pernah dihujani sindiran daripada orang sekeliling kerana memilih untuk menjual tauhu bergedil berbanding bekerja dalam jurusan yang diambil sewaktu belajar, namun beliau berjaya membuktikan jalan yang dipilih itu tepat selepas kejayaannya membuka sebuah kafe.

“Sekembalinya di tanah air, saya bekerja di dalam bidang berkaitan tetapi ia hanya mampu bertahan selama dua bulan sahaja kerana pada waktu itu saya tidak seronok melakukan pekerjaan tersebut.

“Tambahan lagi saya perlu berjauhan dengan keluarga buat kali kedua.

“Apabila fikiran saya tidak tenang saya rasa tidak ikhlas melakukan pekerjaan tersebut dan saya fikir ia akan mengecewakan majikan kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk syarikat,” katanya.


TAUHU bergedil Nor Hafizhatul Haq mendapat sambutan dalam kalangan pembeli.

Menurut anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu, situasi tersebut membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga di Kuantan.

Bermula dari saat itu, wanita yang mesra disapa Jenab ini melakukan pelbagai usaha untuk mencari pekerjaan sebelum dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual tauhu begedil secara kecil-kecilan di rumah.

“Saya memang suka memasak dan banyak mendapat tunjuk ajar daripada ibu dan kakak. Ketika melanjutkan pengajian di rantau orang dahulu, saya gemar memasak sehingga rakan-rakan menggelarkan saya sebagai diplomat tidak berbayar.

“Ini kerana, saya suka memasak dalam kuantiti yang banyak dan memberikannya kepada rakan-rakan antarabangsa termasuk pensyarah di fakulti. Secara tidak langsung saya telah memperkenalkan masakan dan budaya rakyat Malaysia kepada mereka.

“Mereka juga mengibaratkan saya sebagai seorang ‘ibu’ tatkala musim perayaan tiba. Sebagai contoh apabila kami menyambut Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan lain-lain di perantauan, saya akan pastikan kawan-kawan satu negara dapat menikmati makanan yang sama ketika mereka berada di Malaysia,” ceritanya.

Bermula dengan hanya membuat penghantaran menggunakan motosikal secara Cash on Delivery kepada pelanggan, Jenab menukar berjaya kenderaan penghantaran kepada kereta selepas tempahan diterima semakin bertambah.

“Bermula dengan 3 kilogram (kg) ubi kentang sehari sehingga 130 kg kentang digunakan untuk membuat tauhu bergedil.

“Saya upgrade cara kupas kentangdaripada cara manual kepada menggunakan mesin pengupas. Kaedah mengadun juga ditambah baik menggunakan mesin,” ujarnya lanjut.

Biarpun begitu, Jenab akui tidak lepas daripada menerima sindiran sinis daripada orang sekeliling.

“Mak bapak hantar belajar jauhjauh, balik Malaysia buat tauhu begedil je?. Itulah antara sindiran yang orangberikan.

“Tipulah kalau tidak patah semangat tetapi semakin lama, saya belajar yang saya perlu tutup telinga dan kurangkan bercakap apabila sesuatu yang negatif datang.

“Saya teringat pesanan seorang kawan iaitu kenapa perlu sibuk memikirkan kata-kata orang jika ia langsung tidak akan mengubah hidup kita walaupun sedikit,” katanya.

Tambahnya, setiap kali berasa sedih, dia akan baca kisah-kisah pengasas dan pemilik Syarikat Ramly Burger, Datuk Ramly Mokni untuk menyuntik semangat dan inspirasi bagi memperoleh kejayaan lebih gemilang suatu hari nanti.

“Mencabar juga memulakan perniagaan. Saya memang tidak beritahu sesiapa untuk membuka kedai makan, kecuali suami dan dua sahabat baik. Merekalah yang banyak membantu saya untuk memulakan perniagaan.

“Modal pula saya dapat daripada hasil simpanan saya berniaga tauhu begedil selama dua tahun.

“Apa-apa pun, kita perlu percaya pada diri sendiri dan yakin bahawa setiap langkah yang kita buat pasti merungkai satu persatu jawapan yang kita perlukan.

“Masa depan kita masih menjadi rahsia, terokailah walaupun destinasinya mungkin bukan seperti yang kita inginkan,” katanya menutup bicara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauhu begedil dia nampak chubby dan sedap.. Yum2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauhu dia nmpk penuh padat. Isi byk ayam tak?
Kuah dia sedap mcm i buat tak?



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya nak korek tauhu tuuuuuuu... Tapi sebenarnya buat stall kecik2 mcm Mr Tako dan seangkatan tu pun okay dah sambil2 ambik order untuk delivery kann... Sewa kedai mcm mahal lagi2 buat waktu sekarang ni tapi dah pilihan masing2... Semoga berjaya!

I suka betul tgk orang berniaga sbb i takde kegigihan tu... I malas nak marketing dan malas nk buat baik dgn orang ramai... Kalau jadi penjual kena sentiasa sinyummm biar boleh tarik pelanggan, i mmg tarak boleh itu macam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 5-7-2021 07:56 PM
Gigihnya nak korek tauhu tuuuuuuu... Tapi sebenarnya buat stall kecik2 mcm Mr Tako dan seangkatan tu ...

I malas bisnes sebab nak kena sentiasa standby 24 jam. Kena selalu up status untuk promote product. Kena follow up dengan customer. Malas nak buat semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam de javu jer thread ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2021 09:36 PM | Show all posts
ko baru 27 tahun ke dek? asal dah rupa mokcik2 sangat ni? tahulah nama jenab cafe tapi motip kena penampilan persis mokcik jenab jah? ko berdiri kat tengah2 dengan budak laki tu dah nampak macam mokcik dengan anak2 buah jah dek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesedapan tauhu begedil terletak pada sambal kicapnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sedap oiii teringin la nk mkn esok kna ggih cri spe bleh cod
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak dengki ke ape.. Kalo pegi pakai duit kerajaan aka duit rakyat.. Rugi besar kut.. Patut bagi peluang sambung belajar pada sapa yg minat n nak berbakti di Malaysia dlm bidang yg deme belajar.. Patut kene suh bayo balik...
   Kalo duit pama.. Ikut suka mung la
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-7-2021 09:22 PM
Macam de javu jer thread ni..

Samada few months back ada kluar paper atau mmg pernah masuk forum. Tu yg Belibis rasa dejavu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 5-7-2021 09:36 PM
ko baru 27 tahun ke dek? asal dah rupa mokcik2 sangat ni? tahulah nama jenab cafe tapi motip kena pe ...

Production dia dah capai 120kg kentang per day
X heran klu dia nk buka kedai
Dah xnk sepahkn rumah dgn kentang dan mesin2 baru
Klu guna kiosk, production kne buat kt rumah.

Btw artikel dia ni dah pnh keluar beberapa tahun lepas kt forem ni.
Tajuk yang sama. Pasal org keji dia.
I wonder skang bisnes tauhu begedil dia masih onzz kah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 5-7-2021 07:56 PM
Gigihnya nak korek tauhu tuuuuuuu... Tapi sebenarnya buat stall kecik2 mcm Mr Tako dan seangkatan tu ...

I klau bab marketing,promote product tu Okay lagi..Tapi meniaga ni kne lyan mcm2 perangai org bab ni i tk blh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang ilmu sarjana yg ada tak dapat dikongsi dgn rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Setahun sekali ke nk keluar cite tauhu bergedil kuantan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-7-2021 09:22 PM
Macam de javu jer thread ni..

Mmg dh ade keluarkn cite ni kn sebelum ni. Pun point yg same, graduan england kne kecam coz balik msia jual tauhu begedil.
Benang tu okay la coz rmai gk cakap mmg sedap tauhu dia.
Ni repeat gune modal yg sama haihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2021 01:54 AM | Show all posts
betul la korang ckp
2020 ada cite ni
2021 pun ada cite ni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 07:24 AM | Show all posts
So skrg masih biz lg tak? Suka sgt tauhu bergedil ayam…
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 12:08 PM | Show all posts
sayang la juga kepakaran dia..belajar beratus ribu kjaan tanggung..tp dah dia kata dia usaha carik keje x dpt2..takkan nak goyang kaki jah dari rumah..ko hengat duit tu turun dari langit??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 5-7-2021 07:59 PM
I malas bisnes sebab nak kena sentiasa standby 24 jam. Kena selalu up status untuk promote product ...

Yess... Business direct dgn costomer mcm ni ok lagi.... Tp business yg gune agent yg x tahan... Iolss tgk founder2x product kat IG 24h update... Sampai anak2x pon kene jd content... Kucing pon kene jd content asal berupate... Pastu iolss tgk ade yg separuh hari buat live kat fb n IG.. Ssmpsi tgh malam buat live... Giler ape dea nih.. Xpenat ke???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

14-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.375443 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list