CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 11

[Sarawak] Kerjasama rakyat menyumbang kejayaan PICK

  [Copy link]
Post time 4-7-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Dr Sim dan Wee melihat penghuni Flat KMC menaiki bas bagi mendapatkan suntikan vaksin di PPV Klinik Kesihatan Tanah Putih. - Gambar oleh Roystein Emmor


KUCHING: Kadar keraguan yang rendah dalam kalangan rakyat Sarawak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menjadi antara penyumbang kepada kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, beliau berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memainkan peranan dalam memerangi wabak COVID-19.

Menurutnya, kerjasama pelbagai pihak menyebabkan jumlah pemberian suntikan vaksin di negeri ini mendahului negeri bahkan negara lain.

“Saya sangat gembira kerana tidak ramai rakyat kita yang ragu-ragu mendapatkan vaksin kerana jika tidak, kita mungkin tidak dapat memberi vaksin kepada semua rakyat.

"Ini kerana pemberian vaksin perlu dimaklum dan dipersetujui untuk menerima vaksin, tiada sesiapa yang memaksa anda. Kejayaan ini benar-benar menunjukkan semangat solidariti rakyat Sarawak,” katanya semasa menghadiri program vaksinasi warga emas Flat KMC di Jalan Padungan di sini, hari ini.


Dr Sim memberikan penerangan kepada warga emas Flat KMC yang akan menaiki bas untuk mendapatkan suntikan vaksin di PPV Klinik Kesihatan Tanah Putih. - Gambar oleh Roystein Emmor

Beliau berkata, keutamaan vaksinasi adalah untuk menyelamatkan nyawa orang ramai apatah lagi hospital telah mencapai kapasiti penuh serta pembukaan banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID 19 (PKRC).

“Maka, pemberian vaksin diteruskan dan dirancakkan lagi kerana kita mahu menyelamatkan kehidupan rakyat.

“Sekali gus membolehkan mereka mendapatkan kembali kebebasan seperti sebelum ini namun dengan amalan norma baharu,” katanya.

“Justeru, terima kasih kepada semua pihak kerana telah memainkan peranan masing-masing, bukan sahaja para petugas barisan hadapan bah kan penerima vaksin yang telah mendaftar dan hadir untuk janji temu mereka,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kerana menyediakan bekalan vaksin untuk rakyat negeri ini.

Mengulas mengenai program vaksinasi warga emas Flat KMC, Dr Sim berkata, seramai 107 penghuni flat itu yang terdiri daripada warga emas dijadual menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Tanah Putih hari ini.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 11 warga emas yang tidak mempunyai pengangkutan akan dibawa ke PPV tersebut dengan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan secara percuma oleh kerajaan Sarawak.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng.

Marlinda Mardzuki



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2021 04:30 PM | Show all posts
Rakyat Sarawak lengkap dos vaksin minggu kedua Ogos ini - Dr Mohamed Sapian


Dr Mohamed Sapian dan Dr Sim ketika ditemui media, hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor


KUCHING: Rakyat negeri ini dijangka akan melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 pada minggu kedua Ogos depan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan pihaknya akan meningkatkan jumlah pemberian suntikan vaksin kepada 60,000 hingga 65,000 dos sehari.

Setakat ini, katanya, Sarawak telah mencapai 1.5 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat negeri ini.

“Ini kerana adanya pembukaan banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri sama ada di klinik kesihatan awam, klinik swasta, industri dan sebagainya.

“Kira-kira sebanyak 285 PPV dibuka di Sarawak ketika ini dan jumlah ini tidak termasuk dengan pasukan vaksinasi bergerak (mobile team),” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke PPV Klinik Kesihatan Tanah Putih di Sekolah Jenis Kebangsaan Pending di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.  

Dr Mohamed Sapian menambah, mengikut nilai ambang semasa, Sarawak kini telah mencapai 10 peratus pemberian vaksin bagi golongan dewasa.

“Kita masih lagi meneruskan aktiviti pemberian vaksin COVID-19 dan oleh itu, kita mahu berterima kasih kepada kerajaan persekutuan di mana bekalan vaksin kita stabil serta mempunyai stok yang mencukupi untuk diberikan kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, wakil rakyat, sukarelawan termasuk doktor, jururawat serta penolong pegawai perubatan yang telah bersara memberikan bantuan di PPV,” katanya.

Dengan bantuan tersebut, katanya, ia dapat meringankan beban kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia terutama dalam dua perkara iaitu menangani kes COVID-19 dan pada masa sama, memberikan suntikan vaksin kepada orang ramai.  

"Kita tahu di Sarawak masih mencatatkan kes COVID-19 sekitar 300 ke 500 kes sehari namun angka ini telah menunjukkan sedikit penurunan.

"Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, saya yakin kes COVID-19 di negeri ini dapat diturunkan. Cuma apa yang kita harapkan agar penduduk di Sarawak masih mengamalkan prosedur operasi standard biarpun sudah menerima vaksin,” ujarnya.

Beliau yakin penduduk di Sarawak amat peka dan bertanggungjawab untuk terus mengamalkan garis panduan demi mengekang wabak ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2021 04:32 PM | Show all posts
Segerakan vaksinasi sektor perdagangan domestik - KPDNHEP



KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa kerajaan untuk menyegerakan pemberian vaksin COVID-19 kepada pemain industri sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan di seluruh negara bagi membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata perkara ini wajar diberi perhatian serius dengan mengambil kira peranan penting sektor tersebut sebagai penggerak ekonomi dan perdagangan domestik.

Katanya melalui satu sesi libat urus yang diadakan bersama Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 1 Julai lalu, semua pemain industri bersetuju menyegerakan program imunisasi kepada barisan hadapan sektor peruncitan.

“Kementerian amat prihatin dengan situasi semasa yang melanda sektor perdagangan domestik termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran kesan dari pandemik COVID-19, yang tidak dibenarkan beroperasi atau beroperasi secara terhad, bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung serta pekerja yang hilang pendapatan sehingga tidak dapat menyara kehidupan keluarga.

“Sudah tiba masanya kerajaan memberikan keutamaan kepada program imunisasi industri ini kerana kepentingannya sebagai enjin ekonomi negara dan risiko yang dihadapi oleh industri ini di mana tenaga kerja yang sentiasa berinteraksi dan menyiapkan logistik yang digunakan oleh pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Nanta, risiko jangkitan yang dihadapi oleh tenaga kerja sektor ini setiap hari adalah sangat serius dan boleh membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai tahap imuniti kelompok yang dikehendaki dalam memacu kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Oleh itu katanya, sektor-sektor di bawah KPDNHEP harus diberi perhatian sewajarnya dalam pelaksanaan program imunisasi COVID-19 sepertimana sektor-sektor lain termasuk pengilangan dan pembinaan.

Kementerian katanya juga yakin kolaborasi strategik antara Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPDNHEP dapat memastikan semua yang terlibat di dalam sektor-sektor di bawah bidang kuasa KPDNHEP mendapat suntikan vaksin secepat mungkin.

“Program imunisasi barisan hadapan ekonomi ini sangat penting sebagai persiapan pembukaan semula pelbagai sektor hadapan ekonomi dalam fasa PPN selanjutnya.

“Ini juga selaras dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa penerima vaksin mula membina imuniti dalam diri selepas dua hingga tiga minggu divaksin,” katanya.

Berdasarkan data dan statistik yang diperoleh daripada KKM, sektor perdagangan domestik mengekalkan prestasi cemerlang dalam membendung penyebaran jangkitan COVID-19, iaitu hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan kluster manakala tahap pematuhan SOP adalah sebanyak 98.54 peratus.

Sehubungan dengan itu, kementerian katanya berpendapat adalah tidak adil bagi mereka yang terlibat dalam sektor ini untuk menunggu lebih lama program vaksinasi yang dikhaskan buat mereka.

Sektor peruncitan sebagai salah satu perkhidmatan perlu katanya beroperasi setiap hari sepanjang tempoh fasa pertama PPN demi memastikan orang ramai boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti biasa tanpa perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan.

Walaupun kluster yang wujud dari sektor peruncitan adalah amat rendah, namun pekerja sektor peruncitan khususnya pasaraya katanya berhadapan risiko yang tinggi terhadap jangkitan COVID-19 kerana sentiasa bersemuka dengan ramai dan pelbagai kategori pengguna setiap hari.

Sehingga 1 Julai 2021, terdapat 1,162 pekerja dari 59 pasar raya dijangkiti COVID-19 yang menyebabkan operasi pasaraya tersebut terpaksa ditutup.

“Sektor perdagangan dalam negeri juga memainkan peranan yang penting sebagai penggerak ekonomi domestik sekaligus memastikan kesejahteraan golongan B40 dan M40 terbela.

“Hakikatnya, ramai pihak yang terlibat, baik secara langsung atapun tidak langsung di dalam sektor perdagangan domestik dan peruncitan ini.

“Justeru kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap keperluan membuka semula perniagaan domestik bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan juga kehidupan pekerja-pekerja yang mencari pendapatan melalui sektor ini terbela,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 04:29 PM | Show all posts
Kami dari penduduk,,Kampung Long Busang, mengucapkan berbanyak terimakasih kepada COMBAT MEDIC
VACCINATION TEAM.
Bertemu lagi pada tggl 24.7.2021.
Untuk dos ke -2.Semoga selamat sampai ke destinasi.
credit







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 04:33 PM | Show all posts
SONG: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Daerah Song telah berjaya memvaksinasi seramai 9209 orang setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, 6650 orang telah menerima dos pertama manakala 2559 lagi telah melengkapkan dos kedua.

Program bagi fasa kedua dan ketiga itu masih diteruskan pada Ahad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song menyaksikan 300 lagi penduduk menerima suntikan dos pertama dan kedua.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dengan penerima disarankan terus masih mematuhi SOP walaupun sudah melengkapkan pengambilan vaksin. – EDISI UKAS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 04:36 PM | Show all posts
BAU: Seramai 29,373 atau 61.4 peratus orang penduduk daerah Bau telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat 3 Julai lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep memberitahu, dijangka 18,453 orang lagi menerima suntikan dos pertama vaksin dan jumlah keseluruhan penerima vaksin di daerah tersebut adalah seramai 47,826 orang.

“Kita memerlukan 19 hingga 21 hari untuk mencapai 100 peratus pemberian dos pertama sebelum Ogos.

“Ini adalah satu pencapaian yang memberansangkan dan kita telah membuka satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Hospital Bau,” katanya ketika ditemui pada Ahad

Tambah beliau, PPV tersebut dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja susulan daripada hospital beroperasi seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat.

“Sebanyak 500 dos akan diberikan pada Sabtu dan 500 juga pada Ahad,” tambahnya lagi. –EDISI UKAS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2021 04:38 PM | Show all posts


TEBEDU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu telah berjaya menyuntik seramai 476 orang pada Sabtu.

Kesemua penerima adalah dari tiga buah kampung iaitu Kampung Sebintin, Kampung Payau Burus dan Kampung Batu Bedang yang merupakan kampung pertama yang telah melengkapkan dos kedua mereka.

Menurut Penyelaras PPV Tebedu Dr. Nor Shamira, mereka yang menerima suntikan Dos kedua itu adalah daripada temujanji menggunakan aplikasi di MySejahtera dan juga secara hibrid.

Katanya, PPV tersebut turut melakar sejarah di mana seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) telah menerima suntikan Vaksin Kedua beliau didalam kereta.

“Mana-mana ahli keluarga mereka yang sakit terlantar atau tidak dapat berjalan boleh juga mohon maklum dengan ketua kaum masing-masing supaya satu temujanji khas dapat diatur dengan segera.

“Petugas PPV di sini akan sentiasa bersedia membantu malah akan terus memberi keutamaan dan perkhidmatan terbaik kepada warga emas dan OKU,” ujarnya. -EDISI UKAS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 08:56 PM | Show all posts
Daerah Lundu Antara Terpantas Dalam Program Vaksinasi

LUNDU: Seramai 76 peratus penduduk di daerah Lundu sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 dan seramai 35 peratus lagi telah lengkap divaksinasi dos kedua menjadikan daerah Lundu adalah antara daerah yang terpantas dalam program vaksinasi.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memuji kerjasama erat di kalangan petugas barisan hadapan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia bersama petugas dari agensi lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu.

“Saya amat berbesar hati dengan sasaran daerah Lundu bahawa Lundu akan mencapai lebih 80 peratus telah divaksin menjelang 15 Ogos 2021,” ujarnya dalam sidang media semasa melakukan lawatan dan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu pada Selasa.

Tambah Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), beliau optimis Sarawak akan mampu memvaksinkan rakyatnya dengan kapasiti lebih 60,000 dos sehari bagi mempercepatkan kadar vaksinasi COVID-19 di Sarawak dan seterusnya mencapai imuniti kelompok.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu dan sumbangan makanan serta minuman kepada petugas-petugas di PPV Lundu.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik dan pegawai-pegawai kerajaan lain.-EDISI UKAS


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2021 09:10 PM | Show all posts





SIMUNJAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan kini dibuka semula untuk suntikan vaksin bermula semalam, 5 Julai sehingga 10 Julai 2021.

Pemberian dos kedua suntikan vaksin jenis Sinovac telah mula dilakukan pada Isnin dengan melibatkan seramai 546 orang dan seramai 680 orang lagi menerima di PPV berkenaan pada Selasa.



Pemberian vaksin kali ini dibuka kepada dua sesi setiap hari iaitu sesi pagi bermula pukul 8 pagi hingga pukul 12.30 tengahari, manakala sesi petang pada pukul 2 petang hingga pukul 4 petang.

Dalam pada itu, pusat tersebut juga akan memberi suntikan kepada penerima pada 12 hingga 13 Julai 2021.

Sementara itu, menerusi tinjauan UKAS, proses vaksinasi lebih teratur dan berjalan dengan lancar dan semua para penerima vaksin mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 09:13 PM | Show all posts


TANJONG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab telah melakukan lawatan dan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan (KK) Balai Sare pada Selasa.

Penerangan ringkas berkenaan operasi di klinik tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perubatan Saging Tigong dan seramai 120 orang dijangka menerima vaksin di pusat berkenaan pada yang sama.

Pada lawatan itu, Ir Yusuf bersetuju untuk menyumbangkan empat set kanopi bagi keperluan dan kemudahan di PPV tersebut.



PPV Klinik Kesihatan Balai di Sare telah dibuka sejak tiga minggu lepas dan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dengan menerima kehadiran lebih 100 orang setiap hari.

Dalam pada itu, Ir Yusuf merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus memastikan pengoperasian PPV berjalan dengan lancar. -EDISI UKAS


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 03:32 AM | Show all posts
3,049 pekerja bakal divaksin di PPVIN The Spring


KUCHING, 7 Julai: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) komited dalam bekerjasama memastikan kejayaan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini dalam sektor pembuatan.


Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, seramai 9,260 pekerja di Samalaju, Bintulu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan dijangka bakal menerima suntikan pada 17 hingga 23 Julai ini.


Selain itu, katanya, 11,127 pekerja di Sama Jaya High Tech Park di Kuching menerima vaksin bagi dos pertama dan akan menerima suntikan kedua pada 15 hingga 25 Julai ini.


Manakala di Sibu pula, kira kira 4,082 kakitangan dalam sektor pembuatan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setelah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Industri (PPVIN) UCTS pada 28 Jun lalu dan program vaksinasi kini sedang dijalankan.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri itu menambah, secara keseluruhan, setakat semalam, seramai 24,469 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di negeri ini.


Beliau berkata demikian pada sidang media semasa tinjauan ke PPVIN di Pusat Membeli Belah tHe Spring, di Kuching hari ini.


Kira-kira 3,049 yang bekerja dalam sektor pembuatan akan divaksin dalam program imunisasi COVID-19 kebangsaan di PPVIN tHe Spring.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 03:36 AM | Show all posts
236 syarikat di Sarawak telah berdaftar bagi vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Industri (PPVIN)

KUCHING : Seramai 236 buah syarikat atau kilang telah berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) bagi operasi Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Industri (PPVIN) di negeri ini.

Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ia merangkumi kira kira 43 050 pekerja syarikat atau kilang yang telah berdaftar bagi program imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Jelasnya lagi, antara industri yang telah berdaftar adalah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak dengan 13 423 kakitangan telah berdaftar, diikuti syarikat Sama Jaya (SECA) dengan 11 127, dan seterusnya syarikat Samalaju (SIIA) di Bintulu dengan 10 051 pendaftaran.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa tinjauan ke PPVIN di Pusat Membeli Belah Spring, di Kuching hari ini.

Sarawak membenarkan syarikat yang memiliki lebih 1500 pekerja untuk memohon bagi pembukaan PPVIN dengan MINTRED di bawah sektor pembuatan, manakala bagi syarikat yang memiliki kakitangan kurang daripada itu, pihak industri boleh bekerjasama dan bergabung dengan syarikat lain bagi memohon pembukaan PPVIN seperti di pasar raya besar atau universiti.

PPVIN adalah bertujuan bagi mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada mereka yang bekerja lebih-lebih lagi dalam sektor penting dan menyumbang kepada ekonomi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.083728 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list