CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 5

KEMPEN KIBAR BENDERA MERAH - #kitabantuhaiwan

[Copy link]
Post time 2-7-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
[ KEMPEN KIBAR BENDERA MERAH - #kitabantuhaiwan ]

KENYATAAN MEDIA

1. Semenjak Negara mengalami Pandemik Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalah Pergerakan fasa demi fasa. Negara menyaksikan banyak berlaku pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan. Hal ini berlaku akibat pemilik tidak mampu untuk terus memelihara kucing dan anjing peliharaan mereka kerana faktor ekonomi. Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan.

2. Kucing dan anjing yang sudah lama dipelihara malah menjadi sebahagian keluarga kita. Namun amat menyedihkan apabila muka-muka baru di jalanan berada dalam keadaan takut dan kekok menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran, serangan dan pergaduhan dan tidak mengerti untuk bermandiri mencari makan. Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang ke jalanan berakhir dengan kecederaan, trauma, penyakit berjangkit malah kematian.

3. Animal Malaysia menyeru semua masyarakat mengambil peranan keperihatinan terhadap masalah kejiranan yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan untuk kucing dan anjing jiran supaya dapat membantu jiran sekeliling yang memiliki haiwan peliharaan kucing dan anjing dalam kesusahan menghadapi tekanan ekonomi sempena Pandemik Covid-19 ini.

4. Keperihatinan masyarakat sekeliling dapat mengatasi masalah pembuangan kucing dan anjing di jalanan. Sekali gus mengekang masalah kezaliman haiwan akibat tekanan perasaan pemilik yang terpaksa memikirkan keperluan hidup untuk kucing dan anjing peliharaan dalam tanggungjawab mereka semasa mengharungi kesusahan hidup akibat Pandemik Covid-19.

5. Animal Malaysia sekali lagi menyeru dan mengajak semua masyarakat di Malaysia sebagai bangsa perihatin dan penyayang supaya bersama menyertai Kempen Kibar Bendera Merah demi kelangsungan nasib dan hidup kucing dan anjing peliharaan. Kebersamaan kita semua menyelamatkan banyak nyawa daripada terseksa dan mengekalkan sifat kasih sayang dikalangan masyarakat.

TAMAT

Yang benar,

ARIE DWI ANDIKA
Presiden
30 JUN 2021 / RABU

Jom guna Profile pic (DP) Kempen Kibar Bendera Merah :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1572841046256423/?d=n&substory_index=0

"HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN"

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010



https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1572782376262290/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 10:05 PM | Show all posts
dah agak dah semua nak main bendera fikir rumah pasukan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilih cepat kaler apa nak booking, kalau LUNA kayangan 48pcs bolehla nak memilih2, tapi kalau color marhaen brand Yalong ada 12 kaler je tu pun tak terang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni kibar bendera ape lak ek? Sib baik Pride month dah berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts

Kibar bendera pelangi aci tak?


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 3-7-2021 03:32 AM
Pilih cepat kaler apa nak booking, kalau LUNA kayangan 48pcs bolehla nak memilih2, tapi kalau color  ...

Jangan beli Yalong.. beli NIKKI.. harga marhaen, tapi warna terang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.491689 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list