CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3618|Reply: 8

DATIN SATYA BTE BAHAROM

[Copy link]
Post time 30-6-2021 10:19 AM | Show all posts |Read mode


DATIN SATYA BTE BAHAROM

Datin Satya binti Baharom (10 Ogos 1937 – 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan seorang pelakon dan pengarah Singapura, yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.

Kelahiran
Satya Baharom
10 Ogos 1937
Tanjung Katong, Negeri-negeri Selat, (kini Singapura)

Meninggal dunia26 Februari 2005 (umur 67)
Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, Malaysia
Sebab kematian Penyakit kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

Warganegara Singapura
Pekerjaan Pelakon, pengarah
Tahun aktif 1950–1984

Terkenal kerana Musang Berjanggut
Pasangan Datuk Ahmad Daud (2003; kematiannya)
Anak3 (Fauziah, Fazlina dan Fazal)
Saudara Mariam Baharum (kakak)
Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee.

Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.

Filem terakhir lakonan beliau adalah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.

Beliau telah berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina, dan Faizal. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.

Sumber:https://www.facebook.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 11:32 AM | Show all posts
Cantik orang dulu luar biasa betul. Tak puas tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:13 PM | Show all posts
cantiknya dia..mmg suka dengan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik Datin Saadiah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 10:05 AM | Show all posts
nora zain




.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 10:49 AM | Show all posts

sape nora zain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2021 10:56 AM | Show all posts

diala nora zain..berlakon dgn jins shamsudin
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 11:02 AM | Show all posts
Orangelily replied at 2-7-2021 10:56 AM
diala nora zain..berlakon dgn jins shamsudin

oh ye ke? baru tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik ye dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.341307 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list