CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 9

[Sabah] Sabah Benarkan Makan Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut

[Copy link]
Post time 28-6-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Sabah Benarkan Makan Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataannya hari ini berkata, ia termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel, pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.

“Bagi aktiviti pembuatan dan perkilangan pula, ia akan diperluaskan kepada industri getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya.

Semua aktiviti terbabit tidak dibenarkan sepanjang empat minggu pertama PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.


Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri masih mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu berikutan pengekalan PKP Fasa 1 selama dua minggu lagi.
Katanya, perincian SOP terbaharu bagi negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat

28/06/2021 - by Sabah Post








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 08:44 PM | Show all posts
pkp lockdown apa mcm ni hannat?

-ujar netizen-

sementara pemilik kedai makan dan kedai gunting rambut mensenyapkan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 08:56 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-6-2021 12:44 PM
pkp lockdown apa mcm ni hannat?

-ujar netizen-

nanti kes naik dia tutup.. ok skit nanti dia bukak balik
ntah teknik apa



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 09:14 PM | Show all posts
Vellfire replied at 28-6-2021 08:56 PM
nanti kes naik dia tutup.. ok skit nanti dia bukak balik
ntah teknik apa

ni namanya teknik buying time
bukan ambo yg kata..DiGi sdri yg kato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
"tak salah maa..kita mau meniaga maa"-tauke pau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 10:38 PM | Show all posts
Skuau replied at 28-6-2021 01:47 PM
"tak salah maa..kita mau meniaga maa"-tauke pau

nanti kes naik mcm mana ma?
dahler prn sabah hari tu punca kes naik

semoga semua ambik vaksin cepat2
please register kat mysejahtera

aku rindu nak mcm dulu2
nak jalan2 makan2 kat dataran todak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2021 11:07 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-6-2021 08:44 PM
pkp lockdown apa mcm ni hannat?

-ujar netizen-
sampai bila la nak reda covid kalo camni ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:09 PM | Show all posts
Skuau replied at 28-6-2021 09:47 PM
"tak salah maa..kita mau meniaga maa"-tauke pau
kan kan kan ...

dan memacam cara nak bagi dier rang betul


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 11:10 PM | Show all posts
Vellfire replied at 28-6-2021 10:38 PM
nanti kes naik mcm mana ma?
dahler prn sabah hari tu punca kes naik
prn sarawak sik lamak gik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2021 12:10 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-6-2021 03:07 PM
sampai bila la nak reda covid kalo camni ...

hari tok mcm banyak dah bukak kedei
Road block banyak juak dah xda..
dolok nak kepasar pun kenak lintas askar/polis bersoal jawab

syukur juak...
harap kes semakin turun
please semua jaga SOP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065298 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list