View: 5115|Reply: 21
|
Ezad Lazim Menderita Sakit, Tak Boleh Bernafas Sempurna
[Copy link]
|
|
Penderitaan akibat penyakit sinus yang pernah dialami Ezam Lazim pada 2016 kembali menghantui penyanyi itu.
Menurut Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 40, selepas membuat pemeriksaan pada Jumaat, doktor memberitahu terdapat ketumbuhan kecil dalam hidungnya dikenali sebagai nasal polyps.
Doktor juga memaklumkan ketumbuhan yang tumbuh di dinding saluran pernafasan itu menyebabkan penyakit sinus penyanyi lagu Luahan Cintaku kembali teruk.
 Foto: IG
"Sudah hampir tiga tahun saya tak buat follow up tentang sinus. Tak sangka sejak kebelakangan ni dah kembali jadi serius.
"Dalam hidung saya dah ada nasal polyps. Mungkin akan lebih serius dan berkemungkinan kena buat pembedahan untuk membuang polyps itu," ujarnya kepada mStar.
Terdahulu Ezad berkongsi foto beberapa jenis ubat yang perlu diambilnya bagi mengawal masalah berkenaan daripada menjadi lebih teruk.
Untuk rekod Ezad pernah dimasukkan ke hospital akibat muntah berpanjangan dan serangan sinus.
Sementara itu bercerita mengenai keadaannya kini, Ezad berkata ia sedikit mengganggu kehidupan hariannya kerana sukar untuk bernafas.
"Buat masa sekarang tak selesa sikit, menyanyi pun mungkin tak seperti selalu sebab menganggu bahagian pernafasan. Saya tak boleh bernafas dengan sempurna.
"Tadi doktor cadangkan saya supaya mula ambil ubat sinus. Kalau nasal polyps ni masih tak hilang mungkin saya akan dibedah.
"Hidung saya dah tersumbat sebelah kanan. Saya bernafas pakai sebelah kiri saja dan kerap berair," katanya.
Selain itu Ezad berkata doktor turut menasihatkannya supaya menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Saya harap orang ramai tolong doakan agar saya diberikan kesembuhan, semoga tak melarat menjadi lebih teruk selepas ini," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon ezad...suara sedap nih |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh.. aku minat betul lagu dia nyanyi.. |
|
|
|
|
|
|
|
polyp ni mcm jerawat kan... tak silap dalam perut pun boleh tumbuh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Dipermudahkn segala urusan dan Semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi lelaki yg iols rse suara plg sedap zaman sekrng..
iols suka suara dia
nak kata serak tak...suara lelaki ada value yg kedengaran lunak di telinga iols
dan kengkadang suara dia mengasyikkan gitu
terutama mse dia nyanyi lagu ni
Selalu kumengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku
Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata
memalam dgr lagu ni dgn suara dia iols terbuai2 tau |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh..antara penyanyi lelaki yg suara best x kira live or dlm album |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah gak ada polip dalam hidung. Berapa kali follow up benda tu hilang. Tapi doktor kata bukan sinus dia mcm cecair dalam hidung. Bila cuaca sejuk atau akak alergik salah makan akan bersin2 pastu hidung akan tersumbat. Masa ni mmg kita susah nak bernafas. Bila membesar kena operate sebab akan sekat saluran pernafasan kita. Seriau masa checkup masuk kan rod panjang Ikut hidung 
Semoga cepat sembuh Ezad. |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia sengau pun sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan simptom GERD yang heols alami sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh Ezad. Sayang bakat yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon jaga diri ezad.kami masih nak dengar suara ezad. nyanyi life mcm recording.meremang bulu roma |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gx5448 at 3-7-2021 07:27 PM
anggeriklatifah replied at 28-6-2021 03:19 PM
penyanyi lelaki yg iols rse suara plg sedap zaman sekrng..
iols suka suara dia
nak kata serak tak. ...
Baru jeh dgr dan tgk VC lagu ni td..sumpah sedap teruk suara ezad ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|