CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1368|Reply: 7

Sabah benar solat Aidiladha, ibadat korban di masjid, surau. Syarat utama harus

  [Copy link]
Post time 25-6-2021 01:03 AM | Show all posts |Read mode





Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memutuskan membenarkan solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadat korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bagi solat sunat Aidiladha, kerajaan negeri membenarkan pelaksanaan di masjid dan surau dengan jumlah satu pertiga daripada keluasan dewan utama solat atau 50 jemaah atau lebih rendah dengan syarat tertentu.


"Antara syarat utama ialah harus lengkap mengambil dua dos vaksin serta syarat lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.


"Namun keputusan ini tertakluk kepada situasi semasa pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mengenai garis panduan ibadat korban ketika PKP, Masidi berkata, ia dibenarkan kecuali kawasan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


"Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"Selain itu, antara lokasi penyembelihan yang dibenarkan ialah rumah sembelihan, rumah penyembelihan ruminan swasta yang berlesen, masjid dan surau dengan kelulusan pihak berkuasa agama negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Pejabat Kesihatan.


"Kawasan lapang seperti balai raya atau dewan yang bersesuaian dengan kebenaran PBT, JPV, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Kesihatan Daerah juga dibenarkan.


"ermohonan di lokasi lain selain masjid atau surau perlu dibuat kepada JPV lebih awal," katanya.


Masidi berkata, jumlah haiwan yang disembelih di masjid atau surau tidak lebih daripada lima ekor sehari kecuali kambing sebanyak 10 ekor.


"engecualian bilangan haiwan ini diberikan sekiranya diproses di rumah penyembelihan yang dibenarkan.


"Jumlah petugas yang dibenarkan tidak melebihi 20 orang sehari dengan syarat haruslah sihat tubuh badan dan lengkap menerima dua dos vaksin.


"Jamuan untuk petugas hanya dibenarkan secara dibungkus saja di mana aktiviti memasak di kawasan penyembelihan adalah tidak dibenarkan," katanya.


Masidi berkata, agihan daging korban tidak dibenarkan di masjid atau surau sebaliknya dibuat oleh pihak berkaitan melalui cara penghantaran ke rumah masing-masing.








Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju sabah bg bygn

Jgn ada yg maki plk bila nk raya esk dh x blh plk
Sbb dh mention depends on situasi semasa

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulah kekdahnya... Lepas ni nak pergi mana2 syaratnya kena lengkap vaksin. Yg masih tak dapat appointment, kau mereput la dekat rumah. Cam kim*k punya sistem 70juta!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 09:17 AM | Show all posts
siap lah seluruh malaysia merintih minta pengecualian. vaksin tak vaksin, dengar je Sabah bagi orang pegi masjid, terus minta. walhal untuk yang dah lengkap dapat vaksin Covid.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeaaaa dapat tengok upacara korban tahun ini...lembu2 dipakaikan masks...social distancing.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 09:48 AM | Show all posts
tunggu delta plus plak atau lambda... sampai omega
kejap buka kejap tutup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2021 12:15 PM | Show all posts
KL..vaksin tak vaksin..ibadah korban tahun ni dilakukan oleh JAWI

MUSAADAH PERDANA IBADAH KORBAN WILAYAH PERSEKUTUAN 1442H / 2021M

Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Dengan Kerjasama Masjid & Surau Wilayah Persekutuan

◾️1 Bahagian Lembu : RM 790.00
◾️1 Ekor Lembu : RM 5,530.00
◾️Berat : 231 - 260 KG
◾️Sembelihan & Proses Hanya Dibuat Di Pusat Sembelihan

Harga termasuk pengurusan : Permit ➡️ Sembelih ➡️ Lapah ➡️ Potong Kecil ➡️ Bungkus ➡️ Hantar
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 01:12 PM | Show all posts
Macamlah 2  dos cucuk vaksin corona xboleh biak jangkitan dan terkena jangkitan !!!!!!!!!!!!!


AKu tunggu nak tengok saja golongan yg cucuk corona ini  mengeluh menyesal


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066002 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list