View: 27755|Reply: 81
|
Hati-Hati, 'Besi Bodoh' Yang Dicat Menyerupai Rantai Emas
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Ini bukan emas tulen 916 tetapi 'besi bodoh' yang dicat menyerupai rantai emas padu," ujar mangsa penipuan emas palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 38.
Dia antara mangsa penipuan emas palsu membabitkan logam tungsten selepas terpengaruh dengan taktik ejen pelaburan emas tidak wujud.
Katanya, dia mula terjebak selepas dipelawa rakan dikenali di Facebook untuk menyertai pelaburan emas didakwa boleh memberikan pulangan keuntungan sehingga 20 peratus sebulan sekitar Ogos tahun lalu.
Foto: Harian Metro
"Lelaki memperkenalkan diri sebagai Hisyam, 40-an itu mendakwa berpengalaman lebih 10 tahun sebagai remisier menguruskan syarikat broker dan pelabur saham.
"Saya mula tertarik apabila dia kerap berkongsi gambar kejayaannya membantu ramai Bumiputera menjana pendapatan melalui pelbagai taktik pelaburan termasuk forex. Malah gambar kereta mewah dan hartanah dimilikinya menyebabkan saya percaya dengan aktiviti pelaburan saham dan ekuiti dilakukan.
"Secara 'halus', saya dipelawa menyertai pelaburan emas luar negara menggunakan mata wang dolar Amerika (AS$). Terdapat empat pakej ditawarkan iaitu pelaburan terendah membabitkan AS$100 (RM420) hingga AS$10,000 (RM42,000) dengan pulangan 10 peratus hingga 20 peratus," katanya ketika ditemui semalam.
Malah bagi meyakinkannya, lelaki terbabit kerap mengajaknya berjumpa di restoran Timur Tengah sekitar Jalan Ampang di sini, untuk menerangkan kaedah transaksi dan dagangan saham emas dilakukan.
"Saya yang 'termakan pujukan' bersetuju untuk memulakan pelaburan membabitkan jumlah AS$2,000 (RM8,400) dengan menyerahkan wang tunai selain diminta menandatangani dokumen.
"Bagi meyakinkan saya, lelaki itu menyerahkan kotak berisi rantai emas 916 yang didakwa seberat lebih 54 gram bernilai lebih RM6,000. Dia mendakwa saya tidak perlu gusar soal risiko pelaburan berikutan emas fizikal itu diberikan sebagai 'cagaran' dan hadiah persahabatan kami," katanya.
Namun dia mula sangsi apabila keuntungan 20 peratus sebulan iaitu sekitar RM1,680 gagal diterima memasuki bulan ketiga pelaburan.
Foto: Harian Metro
"Lelaki itu terus gagal dihubungi dan lesap begitu sahaja. Malah pautan portal pelaburan emas berkenaan turut ditutup.
"Curiga dengan apa yang berlaku, saya kemudian membawa emas diberikan itu ke sebuah pusat gadaian Ar-Rahnu untuk melakukan pemeriksaan. Saya terkejut apabila dimaklumkan ia hanyalah logam tungsten disadur emas," katanya yang membuat laporan polis berhubung penipuan itu.
Harian Metro sebelum ini turut pernah mendedahkan kes penipuan emas membabitkan seorang ahli perniagaan wanita yang diperdaya selepas bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki.
Mangsa berusia 50-an diberikan barang kemas bernilai hampir RM1 juta sebagai hantaran perkahwinan sebelum mangsa mengesyaki ditipu selepas curiga dengan sikap suaminya bergelar Datuk.
Mangsa yang menghantar barang kemas itu untuk diperiksa sebuah makmal swasta di Wangsa Maju menggunakan peralatan XRF (X-Ray Fluorescence) sebelum mendapati logam berkenaan adalah tembaga dan perak.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Ampang selain mengambil tindakan mahkamah selepas kecewa ditipu.
Kedai pajak gadai sering jadi mangsa
Kuala Lumpur: Pemilik kedai pajak gadai dikenal pasti sebagai golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan pembelian emas palsu yang kononnya mahu dipajak kepada mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu, terdapat empat kes direkodkan berkaitan kes seumpama itu dengan jumlah kerugian sebanyak RM229,300.
"Modus operandi suspek dalam kes ini adalah menggadaikan barang kemas yang didakwa tulen kepada mangsa (kedai pajak gadai) bagi mendapatkan wang daripada gadaian emas berkenaan.
"Bagi mengelak dikesan, suspek memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang ketika menggadaikan barang kemas palsu itu.
"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati barang kemas yang digadaikan itu tidak tulen seperti didakwa," katanya.
Mohd Kamaruddin berkata, selain kes tipu terhadap pemilik pajak gadai, pihaknya turut mengesan sindiket penipuan yang menyamar sebagai penjual barangan pajak gadai.
"Meskipun tiada laporan diterima bagi kes sebegini pada tahun lalu, kami menerima 18 laporan berkaitan penipuan penjualan barangan pajak gadai bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu membabitkan kerugian RM 88,597.
"Berdasarkan 18 laporan itu, kami mendapati sindiket penipuan ini beroperasi melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook dengan mengiklankan barang kemas didakwa dipajakkan kepada mereka, namun gagal ditebus oleh pemiliknya.
"Suspek turut menawarkan harga murah kepada mangsa sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan yang kebiasaannya adalah akaun keldai. Namun, selepas pembayaran dibuat, barang kemas dijanjikan tidak diterima," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran jualan barang kemas yang lebih murah daripada harga pasaran semasa terutama apabila ia dibuat pihak tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Katanya, orang ramai perlu sentiasa membuat semakan ketulenan transaksi dan memastikan urusan jual beli dijalankan melalui perjanjian dan kaedah diperakui supaya tidak menjadi mangsa.
"Buat semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi mengenal pasti sama ada akaun itu pernah terbabit dalam kes penipuan sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran.
"Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101559 jika mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan," katanya.
Awas tawaran emas murah ketika PKP
Putrajaya: Waspada jika ditawarkan emas murah China, emas lelongan pajak gadai atau jualan emas dalam talian (online scam) ketika 'musim' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Ia berikutan anda mungkin sebaliknya diberikan emas klon atau emas celup diperbuat daripada logam saduran emas dihasilkan sindiket penipuan licik.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, semakan dilakukan mendapati terdapat 24 aduan diterima pihaknya berkaitan penipuan emas dengan kebanyakan pengadu tidak mengemukakan jumlah kerugian sebenar dialami sehingga 25 Mei lalu.
Menurutnya, pelbagai logam berharga terutama emas menjadi sasaran sindiket penipuan.
"Namun boleh dikatakan rata-rata pengguna di Malaysia lebih gemar membeli emas berbanding logam berharga lain berdasarkan situasi semasa selain kejatuhan harga emas di pasaran.
"Minat mendalam terhadap logam emas sama ada untuk koleksi simpanan atau melabur diambil kesempatan sindiket penipuan menjadikan emas sebagai umpan penipuan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat KPDNHEP, di sini.
Susulan itu KPDNHEP kini dilengkapi dua set alat pengujian ketulenan logam berharga termasuk emas dikenali sebagai radas sinaran sinar-X atau X-Ray Fluorescence (XRF) sejak hujung tahun lalu.
"Alat XRF adalah suatu pengujian ketulenan logam berharga yang mampu membuat bacaan kandungan dan komposisi ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lain menggunakan kaedah pengujian tanpa musnah.
"Bagaimanapun, alat XRF yang dimiliki kementerian ini boleh digunakan untuk tujuan prapengujian sahaja dan ujian ketulenan logam berharga paling tepat setakat ini adalah melalui kaedah pengujian secara musnah.
"Kaedah itu (pengujian secara musnah) dijalankan di Makmal Uji Ketulenan Emas, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (GSM)," katanya.
Azman berkata, alat XRF sekali gus dapat membantu KPDNHEP mengenal pasti ketulenan logam emas milik pengadu yang mengesyaki ditipu.
"Malah pihaknya turut melaksanakan beberapa siri pemeriksaan ketulenaan logam berharga dengan menggunakan alat XRF di kedai emas sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
"emeriksaan yang dijalankan tertumpu terhadap premis menjual emas dengan memeriksa barang kemas seperti gelang, cincin, loket, rantai dan subang," katanya.
"Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap barang kemas didakwa diperbuat daripada emas 916 (22 karat) yang dipilih secara rawak itu mendapati kandungan emas ditunjukkan alat XRF adalah melebihi 91.6 peratus.
"Ini menunjukkan bahawa emas 916 yang dijual kedai emas berkenaan adalah tulen dan tiada penyelewengan dikesan dalam pemeriksaan itu," katanya.
Bagaimanapun beliau memaklumkan kebanyakan kes penipuan jual beli emas berlaku membabitkan urusan jual beli dalam talian tanpa dokumen atau resit pembelian, ditawarkan individu baru dikenali atau terjebak dengan pelaburan emas tidak wujud.
"Mengikut undang-undang, penjual emas perlu mengeluarkan satu resit iaitu dengan jelas menyatakan berapa harga emas itu, berapa gram beratnya dan upah yang dikenakan.
"engguna perlu bijak memilih untuk membeli emas dan tidak terlalu tertarik dengan harga rendah yang ditawarkan," katanya.
Katanya, pihak KPDNHEP menerusi Seksyen Konsumerisme dan Kawalan Industri (SKKI) bertanggungjawab dalam pengendalian standard emas serta alat timbang sukat yang digunakan.
"Terdapat pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran di bawah Agensi Perlesenan Tenaga Atom Malaysia untuk mengendalikan alat radas sinaran dalam menentukan ketulenan emas.
"Alat itu digunakan oleh KPDNHEP dalam pemeriksaan dan pengesahan awal mengenai ketulenan emas dan logam berharga untuk memastikan pembeli tidak tertipu serta ditindas dengan standard palsu atau tidak tepat.
"Ini juga boleh melindungi pengguna daripada penipuan membabitkan timbangan apa-apa logam berharga termasuk emas," katanya.
Periksa ketulenan logam di NMIM
Kuala Lumpur: Orang ramai yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan emas atau meragui emas dibeli boleh melakukan pemeriksaan ketulenan logam dimiliki di Institut Metrologi Kebangsaan (NMIM) Sirim Berhad.
Difahamkan kebanyakan alat pengujian logam berharga di pasaran tidak dapat mengesan kehadiran bendasing dalam emas, sekali gus mendedahkan pengguna kepada penipuan terancang.
Lebih memburukkan keadaan apabila alat densimeter digunakan kebanyakan kedai emas mempunyai kelemahan dari segi ketepatan berbanding instrumen X-Ray Fluorescence (XRF) dan Hydrostatic weighing system (HWS) dimiliki NMIM.
Jurucakap NMIM Sirim Berhad memaklumkan, emas palsu kerap dihasilkan dengan cara menyadurkan logam tungsten dengan lapisan nipis emas tulen.
Di samping itu, menurutnya, penipuan ini sukar dikesan mata kasar atau alat pengukur ketulenan emas berikutan ketumpatan logam tungsten hampir sama dengan emas 24 karat.
"enipuan ini hanya boleh dibongkar jika permukaan emas itu dikikis atau emas itu dipotong. Malangnya, tindakan ini pastinya tidak dipersetujui pemilik emas berkenaan," katanya.
Menurutnya, alat X-Ray Fluorescence (XRF) mampu membongkar penipuan pada semua jenis barang kemas termasuk kepingan serta jongkong emas yang diperbuat dari logam tungsten atau wolfram.
NMIM mula memberi Sijil MyRM sejak Mac 2017 bagi alat tentukuran densimeter, tentukuran XRF, pengukuran ketumpatan emas dan pengukuran ketulenan emas sekaligus mampu mengesan penipuan ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu sebab elok pakai berlian jer... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 24-6-2021 03:01 PM
Tu sebab elok pakai berlian jer...
Takkan ko tak tau pase lab cre8ed diamond? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelaburan scam emas ni mmg da berleluasa dr dulu lg. 1 da kantoi esk drg lg dgn jenama lain plk.
Kesimpulan dia senang je, org bodoh mmg sng kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
malas lah nak ckp
bila tegur org ckp pelaburan
nak kaya cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg xkn beli emas2 online ni..tp tgok rmai je beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai skrg jd tukang jual on9.. kt status wasep aku pn blmbak lalu lalang kwn2 jual.. dorg ni mmg ada alat pengukur padu emas tu ke agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry eh..musim Covid neh memang taklah aku beli emas. Pelaburan 10 tahun akan datang ok..tapi utk dlm 5 tahun rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu dubuk diamond tu sebenarnya kaca sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
opismate i dlu beli rantai besaq. beli pulak ngn peragut/perompak. murah2 ja depa jual coz nk immediate cash kn. then budak ni feeling so clever thinking she got it fr a steal bwk pulak p kedai nk gadai. found out in d end dia pn kna rompak coz rantai tu cuma besi sadur emas . yg part emas tu cuma cangkuk dia shj nilai xdak 3ratus pn.
|
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 24-6-2021 05:23 PM
setahu dubuk diamond tu sebenarnya kaca sahaja
Berlian x boleh dijual balik pun kan...tapi buat apa beli emas kalau banyak penipuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 24-6-2021 05:15 PM
baik masuk ASNB je
utk org meleis,bagi aku la kan..selagi ASB tu tak cecah lg 200K, Jangan lah gedik nk pi invest ke tempat lain
pi penuhkan ASB 200K dulu,lps tu baru bleh berangan nk emas bitcoin forex bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni kawan2 opis i ramai terjebak dengan pelaburan emas dengan company Quantum Metal. Legit ke company tu? Bila cari info, tak banyak sangat dapat...i bukan apa, takut scam je. |
|
|
|
|
|
|
|
apesal xmelabur emas dgn bank saje.kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
ade gak kwn2 aku yg jual emas online ni, dia ckp amik kt kedai emas..dia cuma 3rd party je jual...baiklah aku pegi terus je ke kedai tu dr beli online |
|
|
|
|
|
|
|
Berita silap ka? Emas 54gm nilai 6000 jah? Kalau tak typo, terang2 dh nmpk menipoo kt situh. |
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi ramai yg terpedaya? emmm |
|
|
|
|
|
|
|
Twirlyhoo replied at 24-6-2021 05:51 PM
Sekarang ni kawan2 opis i ramai terjebak dengan pelaburan emas dengan company Quantum Metal. Legit k ...
Iols pun nak tanya gak.. Laku iols nie beriya nak melabur.. Kawan dia, ajak.. Riso iols |
|
|
|
|
|
|
|
Twirlyhoo replied at 24-6-2021 05:51 PM
Sekarang ni kawan2 opis i ramai terjebak dengan pelaburan emas dengan company Quantum Metal. Legit k ...
Iols pun nak tahu jugak.. Laki iols beriya plop nak melabur.. Kawan dia ajak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|