View: 1097|Reply: 3
|
Kes turun dua digit di Terengganu bukan lampu hijau abai SOP
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Trend penurunan kes positif Covid-19 kepada hanya dua digit di Terengganu selama 11 hari berturut-turut (sejak 11 Jun) bukanlah 'lampu hijau' untuk penduduk di negeri ini mula mengambil remeh pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia berikutan masih wujud kluster baharu antaranya di mukim Serada di daerah Kuala Terengganu iaitu Kluster Beladau Selat dan Kluster Tanjung Ketum.
"Melihatkan trend penurunan ini, mungkin ramai yang berharap kita akan mencapai angka sifar dalam sedikit masa lagi. Kita pun berharap begitu. Tetapi kluster baharu sentiasa wujud dan penularan pula masih berkisar kepada jangkitan keluarga yang besar.
"Akhirnya Covid-19 menjangkiti rakan sekerja dan kontak sosial. Ini menunjukkan masih ada pertemuan antara beberapa keluarga dan pematuhan SOP di tempat kerja pula masih longgar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehingga kini, 75 kes positif Covid-19 telah dikesan daripada dua kluster tersebut dan aktiviti saringan bersasar masih dilakukan.
Tambah Dr Nor Azimi, situasi Covid-19 di Terengganu boleh dikatakan berjaya dikawal apabila hanya melaporkan kes harian satu angka dan tiada lagi kluster baharu yang wujud dalam tempoh seminggu.
"Namun, untuk mencapai matlamat ini kita perlukan kerjasama semua pihak termasuk penduduk agar tampil membuat ujian calitan sekiranya diarah berbuat demikian.
"Malangnya, masih ada yang enggan menyebabkan pihak berkuasa perlu datang dari satu rumah ke satu rumah untuk menjemput mereka membuat ujian calitan sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika penduduk memberi kerjasama penuh untuk memutuskan rantaian Covid-19 secepat mungkin," katanya.
Tambahnya, pematuhan SOP perlu sentiasa diamalkan untuk mencapai angka satu digit sahaja kes positif dalam masa terdekat.
Semalam, Terengganu merekodkan pertambahan 18 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes aktif ketika ini ialah sebanyak 449 kes.
Sumber : harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sop tu sop jugak..kalau dah 3 minggu takde income...ko nak antar beras ke kat umah..vodoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MontanaHannah at 23-6-2021 12:05 AM
Takziah dan kepala butohhh kepada semua yang cucuk vaksin corona .
Mengarut sangat bila asyik nak buat sekatan sana ,sekatan sini
vaksin pun xboleh cegah jangkitan dan menjadi pembawa
so whatttttttttttt???
ko nak apa sebenarnya
biarlah rakyat teruskan kehidupan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni ada kematian sedara dekat tganu so my mum pun minta surat polis nk rentas negeri dari selangor.. sampai sana my mum terkejut giler tganu dah jadi bandar mati.. mall & pasar semua tutup.. sorg manusia pun x nampak atas jalan mmg dorg betul2 patuh mco duduk rumah x berani keluar langsung..
mmg berbeza jauh la dgn mco dekat selangor ni.. iols rasa mcm x lockdown jer kat sini still kete byk atas jalan dgn org keluar sana sini berpusu2.. patut la kes dekat selangor paling byk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|