CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

[UPDATE #146] Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi – Siti Elizad

  [Copy link]
Post time 24-6-2021 03:46 PM | Show all posts
kuang hajaq noh....
skali Allah tarik nikmat hidup hang...
terjun parit mati pucuk baru hang ada akai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 24-6-2021 03:51 PM
AshkieLa replied at 24-6-2021 02:49 PM
uihhh rasa mcm nak berada di situ dan puakakan balik dia
dengan info2 uols tu... geramnyaa dgn o ...


Masa tu ai terkedu dengar. Tak sangka betul dia ckp macam tu. Dah la temapt kerja ,org ramai dengar. Kesian kawan ai,malu kot depan org kan
lastnya dia resign aje. Mana tahan asik kena tanya aje. Dah la dia ada masalah period.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia pernah mengandung & gugur, celah mananya mandul
Elizad ni kalau masih dlm proses cuba utk mengandung, aku nasihatkan xpayah baca komen2 yg membawa stress
Tutup komen terus lg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:40 PM | Show all posts
part2 ni i setujukk sgt retis amik tindakan saman etc, even bukan retis pn..
tooo rude nk ckp menda2 ni, seolah2 mempersoalkan rezeki dr Allah swt..

if body shaming tu pn dh xboleh diterima, ape tah lagi soal anak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:04 PM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 22-6-2021 10:03 PM
Kalau ivf ni memang tak boleh gerak langsung ke? Maksud iols memamg kene bedrest je ke?

kena bedrest.

btw memang kurang ajar yg cakap ni. jgn sampai berbalik kena kat isteri sendiri or anak sendiri je one day. banyak kali dah nampak macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:07 PM | Show all posts
momopoko replied at 24-6-2021 01:41 AM
i pernah jumpa laki mulut hawau macam ni.

"Kawen dgn u nanti dapat anak down syndrome. i tak n ...

gilo...mcm dia tu TUHAN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik la ckp mcm tu..kang esok2 si pengata plak bini dia mandul baru tau..

Oh btw lama jgk ye amik masa dia nk ivf dr lepas kwen?ke punca sbb dia sakit?kan ade ketulan jgk dia ni xsilap..dlu mcm asek jimba2 gn geng lawyer pengkid tu lagak bbnu uno 21 tahun masing2..

Muka dia ada airmuka liza hanim sikit,ada rupa siti eja sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:21 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 24-6-2021 11:50 AM
Memang aku selalu je jumpa komen2 lelaki mcm nauzubillah..puaka gilaaaa..kalau dia hina org tu..hina ...

Aku pernah jugak jumpa laki macam ni. Dia nak bini bekerja lepas kawen tapi bagitau siap dia nak anak ramai.

3 kali dia bertunang asyik putus. Moga selamat la wanita lain dari laki macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2021 05:25 PM | Show all posts
dr1234 replied at 24-6-2021 05:07 PM
gilo...mcm dia tu TUHAN.

laki ni sendiri mengaku memang dia 'dilahirkan' untuk sedarkan orang lain.
sebab tu mulut dia lancang konon itu la realiti tapi orang tak nak terima.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
brader2 ayah2pin pi la cabut gigi budak ni satu2, bagi ada akai sikit... sungguh kuang ajaq
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:49 PM | Show all posts
the downsides of medsos. jari lg laju dr sel2 otak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:51 PM | Show all posts
the downsides of medsos. jari lg laju dr sel2 otak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tenang2 je ye elizad, usah dilayan, sekrg org rmai sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnyaaaa mulut jantan
Macam air mani dia tu berkualiti sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 06:32 PM | Show all posts
[update #95] Siti Elizad saman netizen mulut lancang

Siti Elizad Sharifuddin amat kecewa apabila ada individu mendakwanya sukar hamil disebabkan tidak solat dan menutup aurat. - Foto IG Siti Elizad
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 37, tekad membuat laporan polis, semalam berikutan kecewa dengan mulut lancang seorang individu yang mendakwanya mandul.

Siti Elizad juga akan mengheret individu berkenan ke muka pengadilan berikutan menyifatkan komen yang ditinggalkan dalam laman Facebook sebuah portal hiburan melampau sehingga melukakan hatinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, dia jarang melayan komen netizen, namun perkataan mandul yang dilontarkan individu berkenan sangat keterlaluan.

"Saya jarang ambil peduli komen netizen, namun perkataan mandul yang ditujukan kepada saya benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Adakah anda Tuhan hingga tahu saya mandul dan tidak boleh beranak? Sejujurnya, saya menggigil dan terketar-ketar tangan saat menulis hantaran ini.

"Jantung bagaikan nak tercabut, sedih yang amat sangat. Adakah individu ini suka melihat saya bercerai-berai kerana belum dikurniakan zuriat?," tulis Siti Elizad.

Penyampai radio Sinar FM itu juga kecewa apabila individu berkenaan menuduh sukar hamil disebabkan tidak solat dan menutup aurat.

"Individu ini tahu ke saya tidak solat? Dia kenal atau pernah bekerja dengan saya ke? Bersedekah, bangun solat malam, mengaji, pakai telekung, atas sejadah? Adakah semua amalan yang dikerjakan perlu dimuat naik dalam laman sosial?

"Lain orang, lain caranya, saya tidak perlukan perhatian bodoh seperti ini. Saya gembira dengan kehidupan sekarang, dikurniakan anak atau sebaliknya, itu kerja Allah. Cuma, tiada siapa boleh sesuka hati menggunakan perkataan mandul terhadap saya," katanya.


Siti Elizad Sharifuddin bersama suami, Shamsul Baharin Rahman tidak putus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat sejak beberapa tahun lalu. - Foto IG Siti Elizad
Menurut Siti Elizad, individu yang tidak berhati perut itu tidak tahu kesusahannya berjuang separuh nyawa semata-mata untuk mendapat zuriat.

Katanya, setiap hari dalam solat, air matanya tidak henti mengalir dan tidak putus memohon kepada Allah supaya tidak membiarkan keseorangan, lantaran kecewa masih belum dikurniakan cahaya mata pada usia mencecah 40 tahun.

"Bertahun saya berjumpa dengan doktor pakar dan pergi ke seluruh pelusuk negeri untuk berubat. Cucuk sana sini, sakit tahu tak? Tetapi, senang sahaja menuduh saya mandul hingga menggunakan perkataan kesat terhadap saya.

"Saya dan keluarga tiada perasaan ke? Hanya keluarga nampak kesusahan saya menahan sakit demi berusaha mendapatkan zuriat, tetapi individu ini senang-senang menuduh saya mandul.

  


"Saya jarang ambil peduli, tetapi saya tidak akan maafkan individu ini, kali ini. Hati saya luluh dan teramat sedih, hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.

Aktres yang diperkenalkan menerusi filem Berlari Ke Langit pada 2004 itu berkata, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, semalam.

"Selebihnya, kita tunggu tindakan pihak berkuasa selanjutnya. Namun, saya berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa sokongan dan kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa mereka," katanya.

Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober lalu, namun mengalami keguguran sebulan kemudian.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlajak jalan blh uturn.. padan muka kau.. aku paling menyampah org bajet2 buat lawak x kena tempat. Bdk bodo x bodo.. spttnya tahu ayat apa yg sesuai & x bila mnulis kt socmed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 24-6-2021 09:48 AM
aku pernah skodeng fb mamat ni,lupa pasal apa.
Memang mulut jahat. Dia ada 1 lagi fb gambar sama. A ...

Mental rupanya.. sndri tulis sdri jwp.. sian
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 06:55 PM | Show all posts
momopoko replied at 24-6-2021 01:41 AM
i pernah jumpa laki mulut hawau macam ni.

"Kawen dgn u nanti dapat anak down syndrome. i tak n ...

Meh akak nak babis kan lelaki pengecut tu...kesian kat makpak dia anak tak ada adab...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-6-2021 01:16 AM
I pulak geli dgr elizad ni sbb buat2 manja gitu. Tp i suka sheol. Lawa n perangai herlok. Ada seka ...

Haah Elizad cantik n sopan sopan jer..x gedik..suka juga tgk dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 24-6-2021 07:37 PM
opie5662 replied at 24-6-2021 01:56 PM
Sebaiknye elizad takyah up ape2 pasal nk baby, nk pregnant or apa keinginan bab tu kalai diri sendir ...


Tahu tak pe ..
The more desperate she portrayed...makin besar la ujian ...
Macam nak ckp allah tu x adil kat dia ..

Kamon la ko xde anak tapi ada suami. ..
Ko bukan malang sgt pon .. tak payah la nak portray sgt ko desperate nak anak ...
Ada org tgu 20 tahun ... Harap lepas ni dah x bodo dok post pasal anak ... Dok doa senyap2 x reti kerr...

Pk la org yg x menikah .. wpun nak sgt menikah.. , suami pon xde anak apa tah lagi ...
Rezeki masing2  .. semua allah dah bagi ada bagian masing2

X perlu nak meratip serata ig suh org doakan ....

Haihh ntahlahh
..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.661948 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list